Aksi Jep buat Afifah Nasir tak boleh control gelak, “dia ni memang tak boleh in-character”. Berkali-kali diundang ke rancangan ‘Sepahtu Reunion Live’, Afifah Nasir juga turut ada dalam episod jelajah minggu lepas yang diadakan di negeri Kedah. Membawakan watak Milah iaitu seorang gadis kampung yang membesar dalam keadaan daif, kehadirannya cukup mewarnai sketsa berkenaan.
Gambar ayah saya tak berapa semenggah sangat…Tapi nak tunjuk awak gambar ayah saya
Dalam satu babak di kedai makan, Milah meminta watak Hakim menunjukkan gambar ayah kandungnya yang dikatakan telah terpisah selama puluhan tahun. Baru sekejap saja mendengar dialog lucu Jep, Afifah Nasir mula kedengaran ketawa mengekek walaupun sebenarnya mood babak itu adalah sedih.
Bila kau jenis yang mudah terhibur…Sepanjang masa Afifah nak ketawa
Saat cinta sudah berputik, di sini barulah Milah mengetahui rupanya dia dengan Hakim adalah adik beradik kandung. Pun begitu, suasana sebak kembali bertukar lebih lucu selepas Jep mendedahkan gambar Pak Ya yang bermuka berlagak. Ia disusuli dengan aktres berkenaan yang mudah terhibur semakin ketawa terbahak-bahak.
@daddy0scar #sepahtu #sepahtureunion #sepahtureunionlive ♬ original sound – Kelaboo
Confuse Afifah ni penonton atau pelakon…Sebak pun kau gelak ye
Melalui ruangan komen, ramai akui cara Afifah tergelak cukup menceriakan hari-hari mereka. Selain itu, ada juga yang menyamakannya dengan gelagat Ramona Zamzam. Namun bagi yang tidak tahu, minggu lepas sebenarnya Ramona juga ada tampil dalam sketsa sama.