Aksi Afifah Nasir naik gelongsor air jadi tular, sekali benda lain yang netizen perasan. Buat penonton rancangan lawak berjudul Sepahtu Reunion Live, tentu sudah cukup kenal dengan perangai lucu pelakon jelita Afifah Nasir.
Sehinggakan dia dan Ramona Zam Zam menjadi tetamu jemputan kesukaan penonton rancangan Sepahtu Reunion Live.
Terutama apabila kedua-dua pelakon terbabit tidak boleh menahan ketawa apabila berlakon di rancangan tersebut.
Malah ramai yang juga suka dengan cara Afifah Nasir apabila ketawa yang spontan dikeluarkannya.
Gelak Afifah Nasir hiburkan ramai
Satu perkongsian terbaharu Afifah Nasir bagaimanapun dengan pantas nampaknya mengundang rasa terhibur netizen dengan gelagatnya selepas mencuba gelongsor air panjang.
Afifah Nasir yang sempat didengar gelak ketika itu menarik tumpuan ribuan netizen.
Dalam rakaman video pendek dikongsikannya ini memaparkan Afifah Nasir mencuba gelongsor air panjang.
Keberanian pelakon ini membuatkan netizen hadir dengan ribuan tanda suka ditinggalkan di perkongsiannya ini.
@afifahnasir_93Craziest thing but it was fun 😂❤️
Perkongsian Afifah Nasir itu dalam pada masa yang sama turut dihujani dengan pelbagai reaksi terhibur netizen terhadap perangai lucunya apatah lagi apabila ketawa yang mana dia dilihat sering sahaja ketawa malah dalam mencuba gelongsor air panjang yang agak mencabar tersebut juga sempat dia tergelak.
‘Dia ni pi mana enjoy, suka tengok dia gelak jaa memanjang hahaha’
BACA:
Bekas presiden Pakistan meninggal dunia
Zarina akui selagi dia tak capai berat 55KG tunang tak nak kahwin