Seorang lelaki yang sebelum ini diculik akhirnya berjumpa dengan keluarganya semula selepas 40 tahun berpisah.
South China Morning Post (SCMP) melaporkan, Yang Changlin menemui rumah asalnya dengan bantuan polis.
Namun, Yang yang pulang ke rumah tidak mendapatkan sambutan yang diharapkan kerana ‘tempatnya’ dalam keluarga telah diambil oleh seseorang yang menyamar sebagai dirinya.
Menurut laporan, Yang berumur enam tahun meninggalkan rumahnya di wilayah Hunan tengah China untuk mencari ibunya yang berada di kampung.
Ibunya melarikan diri setelah didera oleh suaminya yang kejam.
Namun dalam perjalanan menaiki kereta api, dia diculik dan bertemu dengan bapa angkatnya lalu diberi nama Li Jiangang.
Walaupun diculik, Yang masih mengingati asal usulnya dan menemui rumahnya semula dengan bantuan pihak polis.
Namun apabila menyedari terdapat ‘dirinya’ yang lain di rumah, barulah dia mengetahui perihal yang sebenar.
Apa yang terjadi adalah si ibu meminta anak lelaki kepada abangnya, Liu Shaobiao, untuk berpura-pura menjadi Yang Changlin pada 1991, kira-kira 10 tahun selepas Yang dilaporkan hilang.
Tujuannya adalah untuk mengaburi mata suaminya berkenaan anak tunggal mereka hilang diculik.
Meskipun ‘menggantikan’ anak kandungnya, naluri seorang ibu tetap merisaukan keberadaan anak kandungnya sehinggalah dia meninggal dunia pada tahun 2008.
Adik-beradik kepada Yang berkata, mereka teragak-agak untuk memberitahu perkara sebenar kerana enggan menyakiti perasaan Liu.
Namun kini mereka menganggap Yang dan Liu sebagai adik beradik sebenar.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio