Dua kubur di Indonesia terpaksa digali semula untuk dipindahkan ke lokasi baru
oleh penduduk kampung akibat perbezaan pandangan politik antara tuan tanah dan anak si mati.
Kejadian tersebut berlaku di Annuang, Ujung Loe, Bulukumba, Sulawesi Selatan pada hari Jumaat lalu (29 November 2024).
Menurut sumber, kedua-dua jenazah yang dikebumikan itu adalah pasangan suami isteri, Mattayang Daeng Lengu dan isterinya Nurlia.
Nurlia dikebumikan pada 13 Mac 2022, manakala suaminya Mattayang pula pada 27 Julai 2023.
Pemindahan jenazah pasangan ini dilakukan dengan bantuan penduduk kampung.
Jenazah ibu bapa wanita bernama Nurmi itu dipindahkan ke tanah perkuburan yang terletak di Desa Manjalling.
Berikutan isu ini, penghulu Desa Manjalling memberikan kebenaran untuk pemindahan kedua-dua makam tersebut bagi mengelakkan masalah yang lebih besar daripada berlarutan.
BACA: Selepas sebulan dibenar pindah sementara, isteri cikgu din hembus nafas terakhir