Baru-baru ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperoleh pendapatan RM34.29 juta berikutan pelancaran siri pendaftaran kenderaan baharu bermula dengan ‘FF’
Menurut sumber, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata plat lesen yang dibida paling tinggi ialah ‘FF8’, yang dijual pada harga RM950,000.
Salah satu plat termahal yang dijual semasa bidaan ialah ‘FF2’, yang dilelong pada harga RM638,000.
Tular sebuah posting di Twitter apabila netizen berkongsi individu yang menggunakan nombor plat tersebut pada keretanya yang telah menjadi perhatian ramai.
Dakwa nombor plat lagi mahal daripada kereta
Menerusi posting tersebut, kelihatan seorang pengguna Twitter berkongsi foto seorang wanita keluar dari kereta dengan nombor plat ‘FF2’, tetapi kenderaan itu mengelirukan netizen.
Memandangkan plat lesen itu dijual pada tanda harga yang tinggi, pengguna Twitter tidak menyangka pemiliknya menggunakannya pada kereta yang 15 kali lebih murah daripadanya.
Namun, ia masih tidak diketahui sama ada betul atau tidak kerana ada yang mendakwa ia mungkin hanyalah suntingan semata-mata.
“Sebab nak beli dulu nombor plate tu, once dah dapat kereta besar baru transfer” – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka mengenainya.