Akhirnya terjawab siapa pemilik nombor plat KCT 1, bukan calang-calang

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Terkesima sekejap mendengarnya. Begitulah kalau sudah bergelar orang kaya, nombor plat kereta yang bernilai RM100,000 pun sanggup dibeli.

Suami kepada penyanyi terkenal negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K,

Beliau telah sah menjadi pemilik nombor pendaftaran KCT 1 selepas memenangi bidaan untuk nombor tersebut dengan harga RM66,550.

Nama Datuk K tercatat sebagai pemenang bidaan untuk nombor pendaftaran itu dalam senarai yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah semalam.

Beliau merupakan pemenang dengan bidaan tertinggi di kalangan 193 pemenang lain yang memenangi pelbagai nombor pendaftaran KCT, dengan nilai bidaan antara RM300 hingga RM23,500.

Akhirnya terjawab siapa pemilik nombor plat KCT 1, bukan calang-calang

Beberapa hari lalu, akhbar melaporkan bahawa Siti dikatakan antara pembida utama bagi nombor pendaftaran KCT 1, yang dianggap mempunyai kombinasi nama beliau dan suami.

Namun, pada akhbar semalam, Siti tampil memberikan penjelasan bahawa nombor pendaftaran itu sebenarnya dibida oleh Datuk K

Dan menafikan dakwaan mereka sanggup menghabiskan wang sehingga RM100,000 hanya untuk mendapatkan nombor pendaftaran tersebut.

Bidaan untuk nombor pendaftaran itu dikatakan telah dibuat minggu lalu, sebelum senarai pemenang ditampal di beberapa papan kenyataan di pejabat JPJ Kedah, semalam.

JPJ juga menetapkan harga minimum untuk tempahan nombor pendaftaran itu sebanyak RM10,000

BACA: Presiden Pas bincang usaha perkukuh hubungan dengan China komunis? ‘Orang lain haram, dia halal’