Akhirnya terjawab kenapa minyak paket kurang dalam pasaran

Oleh ANITA ABD RAHMAN

“Subsidi bagi minyak masak paket (1 kg) yang dibelanjakan oleh kerajaan setiap tahun dianggarkan berjumlah RM1.8 billion dan ia bergantung kepada harga minyak sawit semasa.

Margin keuntungan yang tinggi diperoleh penyeludup tempatan menjadi punca sindiket

sanggup menjadi ‘pengkhianat negara’ apabila menjual paket minyak masak bersubsidi ke negara jiran.

Berdasarkan harga semasa barangan ini di Thailand, sindiket mampu memperoleh untung ‘atas angin’

antara RM2.30 hingga RM2.70 bagi setiap paket minyak masak bersubsidi yang diseludup ke Thailand.

Akhirnya terjawab kenapa minyak paket kurang dalam pasaran

Penganalisis ekonomi, Profesor Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, kerakusan sindiket penyeludup ini menyebabkan rakyat negara ini menghadapi kesukaran untuk mendapatkan paket minyak masak bersubsidi 1 kilogram (kg), selain pembelian yang dihadkan di pasaran.

“Penyeludupan masih berlaku kerana margin keuntungan yang tinggi diperoleh, terutamanya apabila melibatkan penjualan paket minyak masak dalam kuantiti yang banyak.

“Apabila berlaku penyeludupan, ini bermakna perbelanjaan subsidi tidak dapat memberi manfaat kepada rakyat. Apa yang berlaku adalah minyak masak paket ini sering kehabisan di pasaran,” katanya.

Ahmed Razman, yang juga tenaga pengajar dari Putra Business School Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata tidak dapat dinafikan ada pegawai agensi penguat kuasa yang menjaga sempadan bersekongkol dengan aktiviti penyeludupan barangan subsidi ke negara jiran.

Katanya, hal itu disebabkan jumlah barangan atau produk yang diseludup bukan sedikit, malah membabitkan jutaan ringgit.

“Setiap kali rampasan dilakukan di sempadan, nilai barangan rampasan minyak masak paket berjumlah jutaan ringgit. Ketirisan berlaku kerana sempadan negara kita dengan Thailand amat panjang dan dipenuhi hutan.

“Anggota penguat kuasa seperti Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dan polis tidak mencukupi, dan ini menyukarkan kawalan sempadan. Lebih parah apabila ada anggota penguat kuasa yang bersekongkol dengan penyeludup,” katanya.

BACA: Kenapa orang cina ada nama Inggeris di depan, amoi ini jelaskan sebabnya