Akhirnya Bukit Aman beri respon kes Polis trafik minta RM100 dari pelancong

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Pada hujung minggu yang lepas, sebuah video yang memaparkan tindakan seorang anggota polis meminta wang sebanyak RM100 daripada pelancong warga asing beredar secara viral.

Anggota polis tersebut mendakwa pelancong itu melanggar undang-undang jalan raya dan mengeluarkan saman kerana memandu melebihi had laju.

Dalam video berdurasi 50 saat itu, terlihat anggota polis trafik meminta wang sebanyak RM100

Akhirnya Bukit Aman beri respon kes Polis trafik minta RM100 dari pelancong

dari pelancong sebagai alternatif kepada membayar saman sebanyak RM300 atau perlu pergi ke balai. Pelancong itu bertanya mengenai dokumen perjalanan, namun polis trafik itu terus beredar selepas menerima wang sebanyak RM100.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik (JSJPT), Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, menurut laporan Astro AWANI bahawa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil maklum video tersebut pada Ahad dan siasatan terperinci sedang dijalankan.

“JSPT mengambil maklum akan kejadian yang berlaku dan siasatan terperinci sedang dijalankan bagi menyiasat dakwaan tersebut serta tidak akan bertoleransi dengan sebarang salah laku oleh mana-mana pegawai dan anggota yang terlibat,” katanya.

Pengarah JSJPT juga meminta pihak yang berkenaan untuk tampil bagi membantu dalam siasatan. Sebelum ini, video tersebut mencetuskan reaksi netizen dan membangkitkan persoalan mengenai tindakan anggota polis trafik tersebut.

BACA: “Masa ayah koma, keluarga ayah senyap-senyap tukar hak milik syarikat dan ambil duit company, itulah pertama kali aku nampak ibu menangis”