Akaun twitter Donald Trump digantung selama-lamanya

Akaun twitter Donald Trump digantung selama-lamanya

Twitter Inc menggantung akaun Presiden A.S. Donald Trump secara kekal kerana risiko menghasut keganasan lebih lanjut berikutan serangan Capitol A.S. oleh ratusan penyokongnya.

“Setelah meninjau secara dekat ciapan baru-baru ini dari akaun @realDonaldTrump dan konteks di sekitarnya, kami telah menggantung akaun tersebut secara kekal kerana risiko menghasut keganasan,” kata syarikat itu dalam satu ciapan.

Facebook Inc awal minggu ini menggantung akaun Trump hingga sekurang-kurangnya akhir penggal presidennya.

Presiden Republikan itu dijadualkan menyerahkan kuasa kepada Presiden terpilih dari parti Demokrat, Joe Biden pada 20 Januari.

Dalam catatan blog pada hari Jumaat, Twitter mengatakan bahawa dua ciapan Trump yang disiarkan pada hari itu melanggar polisi menentang keganasan.

Twitter sebelum ini menyekat akaun Trump secara sementara, yang mempunyai lebih dari 88 juta pengikut, pada hari Rabu setelah serangan di Capitol Hill, dan memberi amaran akan menggantung akaun itu secara kekal sekiranya terus melanggar polisi.

Trump diminta untuk memadam tiga ciapan yang melanggar polis sebelum akaunnya dinyahsekat. Dia kembali ke Twitter pada hari Khamis dengan video yang mengakui bahawa Joe Biden akan menjadi presiden A.S. yang seterusnya.

Twitter dan Facebook sebelum ini memberikan hak istimewa kepada Trump sebagai pemimpin dunia yang terpilih, dengan mengatakan bahawa kenyataan yang disiarkan di platform media sosial itu yang mungkin melanggar dasar syarikat mereka tidak akan dipadam “demi kepentingan umum”.

Kedua-dua syarikat itu bagaimanapun berkata hak istimewa tersebut akan diambil semula setelah Trump bukan lagi presiden.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/558223

COMMENTS