Akaun ASNB yang dipaut dengan Maybank2u akan hilang pada 18 Jun 2022 ini

Oleh MHDAILY

Akaun ASNB yang dipaut dengan Maybank2u akan hilang pada 18 Jun 2022 ini. Maybank kini mengeluarkan peringatan kepada para pengguna Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), untuk pautkan kembali akaun ASNB pada Maybank2U selepas 18 Jun 2022.

Menurut Maybank, semua akaun ASNB yang dipautkan ke Maybank2U akan dinyah-pautkan atau diputuskan efektif 18 Jun 2022, dan perlu dipautkan kembali oleh pengguna.

Maybank mengatakan ini adalah selari dalam memberikan pengalaman perbankan yang ditambah-baik kepada para pengguna.

Pengguna boleh melihat kembali akaun ASNB mereka selepas pautkan ia pada Maybank2U atau juga turut melalui aplikasi MAE.

Selepas itu, pengguna boleh menyambung transaksi seperti biasa melibatkan ASNB.

Akaun ASNB yang dipaut dengan Maybank2u akan hilang pada 18 Jun 2022 ini

Perkara ini boleh dilakukan dengan memilih “Wealth” dan seterusnya ASNB pada Maybank2U atau pada aplikasi MAE.

Pada masa yang sama, untuk makluman, ASNB sebelum ini telah menyatakan mereka akan melakukan naik-taraf sistem bermula 4 hingga 7 Jun 2022 – dan akan tangguhkan semua perkhidmatan sepanjang tempoh tersebut.

BACA:

Harga keperluan naik 60 peratus jika tukaran ringgit capai RM5.50 bagi AS$1

Permohonan jawatan kosong di Jabatan Akauntan Negara

Wanita wajib tahu, beza susut nilai barang kemas emas 916 dan 999

Leave a Comment