Ajal jodoh maut semua tuhan tentukan, wanita ini tak sempat berbulan madu dengan suami sempat jadi isteri beberapa minit je
Seorang lelaki meninggal dunia pada Isnin lalu, beberapa minit selepas dia berkahwin
Dalam satu majlis di Omaha, Nebraska, demikian menurut stesen televisyen KETV semalam.
Toraze Davis, 48, dan Johnnie Mae Dennis baru sahaja selesai bertukar ikrar perkawinan dan keluar untuk bergambar.
Ketika mereka bersedia untuk sesi fotografi, Davis rebah, lapor KETV.
Pengantin lelaki dibawa ke sebuah hospital di mana dia disahkan meninggal dunia.
Davis meninggal dunia akibat darah beku, lapor saluranberita tempatan, KCCI-TV.
Dia meninggal dunia pada hari lahir nenek pengantin perempuan dan beberapa minggu selepas bapanya meninggal dunia.
“Ia adalah hari paling gembira dalam hidup Davis. Saya hanya dapat melihat senyuman di wajahnya dan betapa gembiranya dia,” kata Monica Miller, rakan pasangan itu.
Akaun Go Fund Me telah disediakan untuk membayar perbelanjaan pengebumian Davis.
BACA:
Patutlah ramai kejar pangkat Datuk, rupanya dapat elaun bulanan RM2000! Boleh cecah sampai RM20000!
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio