Seorang wanita mendakwa dia telah diganggu secara seksual oleh seorang lelaki yang membalas mesej lucah minta ‘main’.
Sebelum ini Shimalaa Sanmuggam,meminta bantuan suspek yang dikenali sebagai Zaimi
untuk mendapatkan rumah sewa di sekitar daerah Setiu dan Bandar Permaisuri. Malangnya, lelaki itu bertindak di luar batasan.
Ekoran kejadian itu, Shimalaa mengatakan beliau telah membuat laporan polis berhubung gangguan seksual tersebut untuk tindakan lanjut.
Bagaimanapun, Zaimi tampil menafikan dakwaan tersebut dan mendakwa akaun Facebook miliknya telah digodam.
Menerusi satu hantaran di kumpulan Warga Setiu, Zaimi memohon maaf di atas kejadian itu dan menegaskan dia tidak tahu menahu mengenai perkara itu.
“Saya mohon maaf atas apa yang viral pada Facebook saya hari ini. Malam tadi Facebook saya tak boleh buka, ada orang gunakan akaun Facebook saya. Facebook saya dah kena hack.
“Saya ada anak isteri untuk saya tanggung. Saya tak tahu apa yang terjadi pada saya, mungkin Allah nak uji saya. Saya bukan macam tu.
“Sekali lagi saya betul-betul mohon maaf. Dah banyak kali saya cuba tukar Facebook saya, tapi tak boleh logout,” tulisnya.
BACa: “Rupanya tak ikhlas berubah”, Mondy yang dibantu Ebit Lew kembali kepada kehidupan lamanya