Aisyah Hijanah jawab kerisauan netizen isu tanam ‘Kanta Lekap’ dalam mata

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Personaliti media sosial Aisyah Hijanah tampil menjawab pertanyaan netizen mengenai isu penanaman kanta lekap dalam matanya.

Menurut Aisyah, sejak kebelakangan ini ramai yang bertanya tentang prosedur Implantable Contact Lens (IPCL) yang dilakukannya dua tahun lalu.

Aisyah menjelaskan bahawa prosedur ini melibatkan beberapa temujanji dengan pakar mata dan berbeza dengan pembedahan lasik.

“Selalu bila Aisyah buat live, memang ramai yang tanya soalan ni. Dua tahun lepas, Aisyah buat IPCL, maksudnya tanam contact lens dalam mata.

Kalau suatu hari nanti nak keluarkan, boleh saja, hanya perlu operate balik,” katanya.

Aisyah Hijanah jawab kerisauan netizen isu tanam ‘Kanta Lekap’ dalam mata

Prosedur Tanam Kanta Lekap (IPCL)

Beliau turut menerangkan bahawa matanya tidak sesuai untuk lasik, jadi doktor mencadangkan IPCL sebagai alternatif. Proses untuk IPCL memerlukan beberapa temujanji, berbeza dengan lasik yang boleh dilakukan dengan lebih cepat.

Penjagaan Mata Selepas IPCL

Aisyah juga berkongsi bahawa walaupun sudah menjalani prosedur IPCL, matanya masih mengalami silau. Oleh itu, dia memakai cermin mata dengan lapisan pelindung untuk mencegah cahaya biru ketika menggunakan gajet.

“Cermin mata Aisyah ni tak ada power, cuma untuk protection masa main gadget. Anti blue rays, kalau tak silap. Setiap kali buat live atau guna gajet, Aisyah akan pakai supaya silau tak naik,” jelasnya.

Aisyah menyatakan bahawa walaupun tanpa cermin mata, penglihatannya jelas, tetapi dia lebih berhati-hati untuk menjaga kesihatan matanya selepas IPCL.

Kos Prosedur IPCL

Selain itu, Aisyah turut berkongsi kos prosedur IPCL, yang menelan belanja sekitar RM20,000.

Sebagai perbandingan, kos lasik biasanya di bawah RM5,000, bergantung kepada tempat dan negara.

“Kos IPCL around RM20k, kalau lasik dalam bawah RM5k. Rasanya kalau buat di Mesir lagi murah.

Apa-apa soalan mengenai IPCL, boleh komen, Aisyah cuba jawab satu per satu,” ujarnya.

BACA: Peguam dedah cara SPRM dapat maklumat rasuah dengan cepat, cuma lakukan ini sahaja