Airport Singapura tawar 6,000 tawaran pekerjaan, bayar dalam dollar Singapura! Singapura menawarkan pekerjaan hingga 6,600 kerja kosong di Lapangan Terbang Changi ekoran sektor penerbangan yang kini semakin pulih.
Menurut CNA, pengambilan secara besar-besaran itu adalah untuk membantu mengisi jawatan-jawatan yang diperlukan bagi mempercepatkan pemulihan sektor penerbangan di Singapura, dipetik dari laman sesawang rasmi Changi Airport Group (CAG) pada 17 Mei 2022.
Jawatan-jawatan kosong itu dibuka kepada semua golongang sama ada profesional, eksekutif, teknikal (PMET) dan juga bukan-PMET.
“Pengambilan tersebut menumpukan kepada kemahiran dan mengendalikan perkhidmatan penumpang barisan hadapan serta peranan-peranan yang baru dicipta dalam bidang inovasi dan teknologi,” tulis dilaman sesawang itu.
Difahamkan, lebih dari 20 syarikat penerbangan akan mengadakan sesi temu duga di Pameran Kerjaya One Aviation yang akan berlangsung dari 27 hingga 28 Mei di Pusat Konvensyen Suntec City.
Oleh itu, pemohon yang berkelayakan boleh membuat permohanan, ditemu duga dan diterima serta merta pada tarikh yang telah ditetapkan karnival tersebut berlangsung.
Disamping itu, rakan kongsi-rakan kongsi syarikat tersebut juga menawarkan gaji yang baik untuk menarik perhatian mereka yang sedang mencari pekerjaan. Syarikat yang dimaksudkan adalah CAG, SATS dan dnata.
Memetik CNA, antara jawatan lain yang turut ditawarkan dalam karnival itu adalah sektor perkhidmatan kecemasan dan pegawai keselematan siber.
Hal ini disebabkan oleh trafik penumpang bulanan mencecah angka sejuta buat kali pertama dalam tempoh dua tahun di Lapangan Terbang Changi dengan jumlah penumpang 1.14 juta pada bulan Mac.
Selain itu juga, pada bulan Mac, Menteri Pengankutan S Iswaran berkata sektor penerbangan di Singapura telah meningkatkan lagi usaha pengambilan pekerja baru untuk memastikan semua proses berjalan dengan lancar apabila penerbangan dijalankan semula.
BACA:
Akhirnya terdedah punca sebenar Awal Ashaari didakwa, “sampai kena gari tangan tu..”
Wan Fayhsal kempunan Pas tak beri laluan padanya bertanding di Bagan Serai
Mayat pegawai kanan Jabatan Imigresen terjun bunuh diri ditemui