Aircond ruang tamu rumah aku tetiba jadi tak sejuk, cuma keluar angin sahaja.
Aku panggil orang aircond datang cek pasai apa jadi macam ni.
Lepas dia cek, dia kata baik tukar aircond baru terus, kalau baiki mahal juga aircond model ni,
kalau tukar baru hampir RM3000 siap pasang brand ni yang 2.0hp
Aku rasa curiga sebab dia tak buka dan cek apa yang rosak dalam tu,
cuma dia cek gas dan sentuh-sentuh bahagian luar sahaja tapi senang dia buat kesimpulan suruh tukar baru dari baiki.
Lepas orang aircond tu balik, Aku cuba buka cek tengok rupanya capasiter yang rosak. Harga capasiter dalam shoppe cuma 2 ringgit sahaja
, kalau pergi kedia barang eletrik tak sampai RM10. lepas tukar capasiter terus aircond kembali sejuk.
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..