Mahkamah Industri telah mengarahkan AirAsia untuk membayar pampasan RM268,620 kepada bekas juruterbang,
Eric Koh, selepas memutuskan bahawa beliau mengalami “pembuangan kerja secara konstruktif”, lapor Free Malaysia Today.
Pengerusi Mahkamah, S Vanithamany, membuat keputusan ini pada minggu lalu,
berpihak kepada Koh dalam kes yang menimbulkan isu besar mengenai hak pekerja semasa pandemik.
Koh mula bekerja dengan AirAsia sejak Julai 2018 tetapi membuat keputusan untuk meletak jawatan selepas disuruh mengambil cuti tanpa gaji atau furlough sepanjang tempoh Covid-19 pada tahun 2022.
AirAsia memotong gaji asas Koh sebanyak 75%, merujuk kepada kekangan rentas sempadan yang menyebabkan operasi penerbangan terhenti.
Koh mendakwa pemotongan drastik ini memberi impak besar kepada pendapatannya sehingga beliau tiada pilihan selain daripada meletakkan jawatan.
AirAsia pula mempertahankan tindakan mereka dengan menyatakan bahawa Koh “meletakkan jawatan atas kerelaan sendiri”.
Namun, Vanithamany menegaskan bahawa syarikat tersebut tidak berhak untuk memotong lebih daripada 50% gaji Koh tanpa persetujuannya.
“Kontrak Koh tidak menyebut apa-apa tentang kekerapan penerbangan untuk mendapatkan gaji asas. Hanya elaun beliau yang dikira berdasarkan jumlah penerbangan bulanan,” kata Vanithamany.
Lebih menarik lagi, mahkamah mendapati AirAsia sebenarnya mencatat keuntungan untuk tahun 2021, walaupun dalam tempoh pandemik.
Ini menimbulkan persoalan besar apabila syarikat terus memaksa pekerja terima potongan gaji tanpa persetujuan mereka.
Vanithamany juga menegaskan bahawa AirAsia tidak mengemukakan bukti yang menunjukkan kelulusan pengarah jeneral perhubungan industri untuk pemotongan gaji tersebut.
Dengan itu, mahkamah telah memberi pampasan RM232,320 kepada Koh sebagai bayaran gaji tertunggak dan RM36,300 sebagai pampasan penggantian kerja.
Dalam kes ini, Koh – bekas juruterbang AirAsia – diwakili oleh peguam Leow Ho Eng dan Tiffany Chin, manakala Wendy Lam dan Wong Jia Ee mewakili pihak AirAsia.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio