Air mata Nabil jatuh akhirnya, ini yang terjadi

Oleh MHDAILY

Air mata Nabil jatuh akhirnya, ini yang terjadi. Pengacara Nabil Ahmad gagal menahan airmatanya ketika sedang mengemudikan siarang langsung program MeleTOP malam tadi.
Jelas Nabil, airmatanya akan terus mengalir setiap kali terkenang akan arwah bapanya Ahmad Haji Ismail yang telah kembali kepada pencipta 7 Oktober lalu.

Malah, dirinya menjelaskan tidak boleh duduk bersendirian dan bertindak untuk keluar bekerja semula bagi melupakan perkara itu buat seketika.

“Banyak lagi tanggungjawab saya belum buat pada dia (arwah), untuk buat perkara sepatutnya dan beri perhatian pada dia.

Air mata Nabil jatuh akhirnya, ini yang terjadi

“Setiap kali duduk seorang saya akan menangis, saya akan teringat ayah.

“Sebab itu saya bekerja kerana tak mahu duduk seorang. Bila berkerja jumpa orang saya akan rasa okay sedikit.

“Arwah pergi pun dengan pengakhiran yang baik pada hari jumaat, “ katanya.

Momen itu turut dirakam dan dikongsikan menerusi akaun rasmi Instagram MeleTOP.

VIDEO :

Pada program yang berlangsung selama satu jam itu, Nabil turut ditemani pelakon Datin Lisa Surihani selaku hos jemputan.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh MeleTOP (@meletop)

BACA:

Baru tahu ini panggilan sweet Dato K pada Tokti, terus ‘end live’ lepas tu

“Sedap suara dia!” Pelajar universiti buat macam konsert sendiri tarik perhatian

Hari-hari beg sekolah anak berat, ibu terkejut bila cek ada benda ni