Fenomena hujan yang luar biasa berlaku di kawasan seluas kira-kira 3 meter persegi di daerah Mayangan,
Kota Probolinggo, Pulau Jawa semalam, seperti yang dilaporkan oleh portal berita Tribun Trends.
Kawasan lain di sekitar sebuah zoo tersebut tidak terkena hujan. Fenomena ini dikenali sebagai hujan lokal di Indonesia.
Seorang saksi yang dikenali sebagai Sukamto berkata: “Hujan hanya turun di kawasan seluas 3 meter sahaja, iaitu berhampiran tandas.
Di luar kawasan itu, tanah kekeringan dan tidak terkena hujan.
“Inilah kali pertama saya menyaksikan fenomena hujan lokal. Ini adalah kejadian pertama kali di sini,” ujarnya.
Ketua Pelaksana Badan Tindak Balas Bencana Daerah (BPBD) Probolinggo, Sugito Prasetyo, menjelaskan bahawa hujan lokal berlaku kerana awan tertumpu di satu kawasan. Ini ditambah dengan adanya putaran angin di bawah awan.
“Disebabkan oleh faktor-faktor ini, terhasil lah hujan lokal,” katanya.