Ahmad Maslan umum akan sokong belanjawan

Ahmad Maslan umum akan sokong belanjawan

Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan, mengumumkan beliau akan menyokong Belanjawan 2021 di sebalik rungutan partinya, UMNO, terhadap kemudahan mengeluarkan caruman Akaun 1 KWSP dan moratorium ke atas pembayaran balik pinjaman bank.

Katanya, isu berkenaan “masih boleh dirunding dengan pihak-pihak yang berkaitan jika ada syarat-syarat yang sukar”.

“Ya, saya sokong Belanjawan 2021 ini dan mengundi agar ianya diluluskan,” katanya.

Undian bagi Belanjawan 2021 pada bacaan ketiga dijangka berlangsung hari ini atau esok, memandangkan di peringkat jawatankuasa berbaki dua kementerian lagi.

Semalam, veteran UMNO, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, dilapor berkata tidak akan mengundi.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/12/15/isu-kwsp-moratorium-boleh-runding-ahmad-maslan-umum-akan-sokong-belanjawan/

COMMENTS