Ahli parlimen DAP cadang satira dan parodi dibenarkan, tak dianggap jenayah

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan, menggesa agar moratorium dikenakan terhadap sebarang siasatan

Dan pendakwaan di bawah Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang melibatkan karya satira dan parodi.

Salam kenyataan hari ini, Syahredzan mengulas mengenai siasatan terkini terhadap pereka grafik Fahmi Reza

Berhubung grafik yang menggambarkan Yang di-Pertua Negeri Sabah yang baru, Musa Aman, sebagai “koruptor nombor satu” di negeri itu.

Pindaan Akta 588

Ahli parlimen DAP cadang satira dan parodi dibenarkan, tak dianggap jenayah

“Keputusan kerajaan untuk membentangkan rang undang-undang (RUU) pindaan terhadap Akta 588, termasuk mengeluarkan satira dan parodi daripada elemen ‘palsu’ dalam Seksyen 233(1), adalah langkah yang amat diperlukan. Ia akan membuka ruang demokrasi yang lebih luas untuk karya seni dan sastera,” katanya.

Menurut beliau, kelulusan RUU tersebut di Parlimen menunjukkan komitmen kerajaan untuk melindungi karya satira dan parodi. Namun, pindaan tersebut masih belum berkuat kuasa kerana menunggu proses perkenan diraja, pewartaan, dan penentuan tarikh pelaksanaan.

“Oleh itu, sementara menunggu proses ini, moratorium perlu dikenakan terhadap siasatan dan pendakwaan berkaitan satira dan parodi di bawah Seksyen 233(1) Akta 588,” tegasnya.

Respons Fahmi Reza

Sementara itu, Fahmi Reza, seorang pereka grafik terkenal, mengkritik kerajaan kerana masih belum memansuhkan Seksyen 233 Akta 588 seperti yang dijanjikan, selain gagal memastikan satira dan parodi dilindungi di bawah pindaan baharu.

“Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan, yang dulu pernah menjadi peguam saya sebelum menjadi ahli DAP dan Ahli Parlimen, mengeluarkan kenyataan bahawa satira dan parodi dibenarkan dan tidak lagi dianggap jenayah,” kata Fahmi.

Hak Kebebasan Bersuara

Syahredzan menambah, moratorium tersebut juga adalah langkah untuk menghormati niat perundangan (legislative intention) dalam meluluskan pindaan RUU tersebut.

Beliau turut mengingatkan pihak berkuasa bahawa semua rakyat Malaysia berhak kepada kebebasan bersuara, seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Hak ini hanya boleh disekat melalui undang-undang sekiranya ia memenuhi kehendak Perlembagaan Persekutuan dan tidak boleh dilaksanakan sewenang-wenangnya,” katanya.

Seni Perlu Bebas

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Anwar Ibrahim turut menyatakan bahawa seni, termasuk yang kritikal terhadap kekuasaan, perlu diberikan kebebasan sebagai usaha membangun bangsa yang maju.

BACA: Bukan tempat letak kepala, ini fungsi sebenar headrest ramai tak tahu!

1 thought on “Ahli parlimen DAP cadang satira dan parodi dibenarkan, tak dianggap jenayah”

Leave a Comment