Agong dan Permaisuri tiba-tiba menitiskan air mata, puncanya bakal buat ramai turut rasa sebak
Gambar memaparkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Baginda hadir bersama Raja Permaisuri Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Agong yang sedang mengelap air mata mencuri perhatian netizen di media sosial.
Menurut Istana Negara, Agong serta Permaisuri berkenan untuk sembah kenal balu serta waris kepada enam anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terkorban ketika menyertai Op Daulat pada Mac 2013, di Kampung Simunul, Sabah.
Seri Paduka Baginda berdua yang sebak menyaksikan persembahan pantomim semasa Sambutan Hari Pahlawan 2023 di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya pada Isnin turut berkenan berangkat turun dari pentas utama bertemu balu serta waris wira-wira negara yang telah terkorban.
Kemudian, Seri Paduka Baginda berdua berkenan mengurniakan sumbangan kepada balu dan waris terbabit dalam pertemuan itu yang turut disertai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Agong berkenan untuk sembah kenal balu serta waris kepada enam anggota PDRM yang terkorban ketika menyertai Op Daulat pada 2013.
Waris-waris itu mewakili enam wira yang gugur pada 2 Mac 2013 iaitu ACP Ibrahim Lebar, Sarjan Mejar Baharin Hamit, Sarjan Mejar Abd Azis Sarikon, Koperal Mohd Azrul Tukiran, Sarjan Salam Togiran dan DSP Michael Padel.
Wira-wira yang gugur itu adalah dari Cawangan Khas, Pasukan Gerakan Am, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah dan Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna, Sabah.
Pada 12 Februari 2013, lebih 200 pengganas Sulu yang memperkenalkan diri sebagai Royal Sulu Force (RSF) menceroboh secara berperingkat dari Pulau Simunul, Pulau Sibutu dan Pulau Sipangkut di selatan Filipina ke Kampung Tanduo.
Kemuncak pencerobohan berlaku dengan kejadian tembakan pada 1 Mac 2013 antara pasukan keselamatan dengan RSF di Tanduo.
Konflik itu diisytiharkan tamat pada 10 April 2013.
BACA: Patutlah semut suka hurung buah rambutan, ini sebab ramai tak tahu