Agong anugerah ‘Datuk Seri’ kepada Mohamad Sabu

Oleh MHDAILY

Agong anugerah ‘Datuk Seri’ kepada Mohamad Sabu. residen AMANAH yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Haji Mohamad Sabu mengetuai senarai penerima gelaran sempena Hari Wilayah Persekutuan hari ini.

Beliau menerima darjah kebesaran Seri Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri dari Yang Dipertuan Agong bersama enam lagi penerima darjah kebesaran itu.

Mohamad adalah penerima tunggal darjah kebesaran berkenaan di kalangan ahli politik. Majlis penyampaian anugerah ini berlangsung di Istana Negara pagi ini.

Sebagai menteri, kejayaan besar Mohamad adalah apabila beliau berjaya menyelesaikan isu kekurangan telur di pasaran yang dialami oleh negara sejak lebih setahun lalu dalam masa tidak sampai dua bulan.

Agong anugerah 'Datuk Seri' kepada Mohamad Sabu

Dengan strategi mengimport telur dari India, bekalan telur tempatan tiba-tiba cukup dan memenuhi rak di dalam hampir kesemua pasaraya, mini market dan kedai runcit di seluruh negara.

Mohamad sekarang sedang memberikan fokus bagi mengurangkan harga daging, ayam dan telur di pasaran dengan cara megurangkan kebergantungan bahan makanan ayam dan lembu dari luar negara.

Sebelum ini, ketika kerajaan Pakatan Harapan, Mohamad adalah Menteri Pertahanan sebelum ketrajaan pilihan rakyat itu dijatuhkan melalui Langkah Sheraton yang beliau sifatkan sebagai Langkah Syaiton.

Mat Sabu adalah seorang tokoh yang sangat sederhana, sama ada dalam hidup mahupun dari segi karier politiknya. Dilahirkan di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 14 Oktober 1954, Mat Sabu bersekolah di Pulau Pinang dan menyambung pelajaran dalam jurusan Seni Kulinari di Institut Teknologi Mara (kini UiTM).

Mat Sabu memulakan karier politiknya pada tahun 1975 ketika aktif bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). 6 tahun kemudian pada tahun 1981, beliau telah menyertai Parti Islam Se-Malaysia (PAS), setelah PAS kalah di Kelantan pada tahun 1978.

Ketika itu, PAS dalam keadaan yang sangat lemah dan hilang kuasa memerintah di Kelantan.

mat sabu kekentalan jiwa menteri pertahanan malaysia 4

Mat Sabu mula bertanding di DUN Penanti dan parlimen Kepala Batas dalam pilihan raya umum Malaysia tahun 1982, namun tewas kepada wakil UMNO Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau sekali lagi bertanding dalam pilihan raya umum Malaysia 1986 di Parlimen Permatang Pauh namun tewas kepada rakan ABIM nya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu mewakili UMNO.

Mat Sabu kemudiannya berhijrah ke Kelantan dan bertanding dalam pilihan raya umum seterusnya pada 1990 dan memenangi kerusi parlimen Nilam Puri. Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen selama 3 penggal, mewakili Nilam Puri (1990-1995), Kubang Kerian (1995-1999) dan Kuala Kedah (1999-2004).

 

Sumber: https://harapandaily.com/mohamad-sabu-kini-bergelar-datuk-seri/

BACA: 

Runtuh! Tular video 20 murid jatuh laut semasa seberang jeti di Sabah

Lagu ‘itik gembo-gembo’ terkenal pada tahun 90-an, ini keadaan terkini kumpulan A to Z sekarang