Afgan selamba peluk peminat wanita bertudung kena tegur dengan PU Syed. PENDAKWAH bebas iaitu Pencetus Ummah (PU) Syed sentiasa menjadi individu yang lantang membantah tentang penganjuran konsert-konsert di dalam negara.
Terbaharu, Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 40, meluahkan rasa kesal dengan tindakan seorang penyanyi Indonesia tanpa segan silu memeluk peminat wanita bertudung seperti yang tular baru-baru ini.
Kata Syed, tindakan memalukan itu sekali gus mendapat sorakan penonton seolah-olah menganggap perbuatan itu adalah satu kebiasaan dalam kalangan mereka.
“Bagaimana seorang perempuan mudahnya dipeluk lelaki, ditepuk… diraikan dan disorak oleh ramai penonton.
“Perbuatan dosa disorak-sorak… diberi tepukan yang gemuruh..apa nak jadi dengan kita? Tengok bagaimana dosa itu diraikan dan dianggap sesuatu yang tiada masalah sekadar peminat dan juga artis,” katanya.
Perkara itu dikongsi di Instagram PU Syed sambil memaparkan video artis lelaki berkenaan memeluk peminatnya di sebuah konsert yang di adakan di Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Syed berkata tegurannya itu adalah kerana bimbang kesan dan akibat kepada umat Islam jika konsert hiburan berterusan diadakan.
Malah, dia turut menitip nasihat buat penganjur konsert agar lebih berhati-hati mengadakan konsert terutama dalam menjaga batas diantara lelaki dan juga wanita.
“Mungkin tiada masalah bagi mereka tetapi ada masalah bagi seorang umat Islam kerana kita ada pantang larang dari Allah SWT tetapkan agar kita tidak melangkui batas syarak tetapkan.
“Saya menyeru kepada kepimpinan yang mengelola konsert-konsert, jika tidak boleh jaga tatasusila yang terbaik maka tak payah membenarkan konsert sebegitu yang akhirnya akan mendatangkan dosa dan kemungkaran daripada Allah SWT,” ujarnya.
Sebelum ini tular sebuah video memaparkan aksi Afgan memegang tangan seorang wanita semasa dia menyanyikan lagu sempena ulang tahun kelahiran peminatnya itu.
Bukan itu sahaja, di akhir persembahan itu wanita berkenaan juga mengambil kesempatan memeluk penyanyi tersebut.
BACA:
Ini kedudukan terkini kerusi ahli parlimen dalam dewan rakyat
Pelik bubuk tetap masuk dalam beras walaupun dah tutup rapat, ini rupanya punca
Hana Ismail sampai panggil Daie Syed ‘Keldai’, dah kenapa ni?