Aedy Ashraf akui tak pernah nampak budaya buli di lokasi penggambaran

Oleh SURIANI HAMDAN

Sepanjang 20 tahun dalam industri hiburan, pelakon Aedy Ashraf mendedahkan bahawa

Dia tidak pernah menyaksikan sebarang kejadian buli berlaku di set penggambaran.

Menurut Aedy, atau nama sebenarnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 31, perjalanan kariernya

Dalam industri disambut dengan baik, dan dia mudah bergaul dengan semua pihak.

“Saya tidak pernah melihat kejadian buli terhadap pelakon baharu.

Aedy Ashraf akui tak pernah nampak budaya buli di lokasi penggambaran

Sepanjang pengalaman saya dalam industri ini, budaya seperti itu tidak pernah saya temui.

“Malah, saya tidak menghadapi kesukaran untuk bergaul dengan pelakon senior. Mungkin kerana saya mula berlakon sejak kecil. Hubungan dengan pelakon senior mahupun pelakon baharu tidak pernah menjadi isu,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Aedy merupakan salah seorang pelakon dalam filem Kahar: Kapla High Council, yang dijadualkan mula ditayangkan pada Khamis ini.

Filem itu turut dibintangi oleh Amir Ahnaf, Sky Iskandar, Thompson Goh, dan Fazziq Muqris.

BACA: Ramai tak tahu, boleh dapat 6 bulan gaji dari perkeso kalau dipecat majikan