“Adik rembat duit tapi aku pula kena marah dengan suami, siap ungkit sebab dia bayar pampers anak…”

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Siapa sahaja tidak tertekan, dapat pasangan yang tak memahami, mentua pula asyik masuk campur dalam urusan rumah tangga.

Kalau sekali dua ambil bahagian tak apa juga, ini semua benda menantu buat nak dikawal sampai nak keluar sekejap pun rasa tak selesa.

Begitulah nasib seorang wanita yang tertekan dengan kerenah mentua dan ipar serta suami yang sering mengawal tindak tanduknya.

Nama aku Rose (bukan nama sebenar), usia perkahwinan kami baru empat tahun dan dikurniakan dua orang anak perempuan.

Aku rasa aku dah lama bersabar dengan perangai mentua ni.

“Adik rembat duit tapi aku pula kena marah dengan suami, siap ungkit sebab dia bayar pampers anak…”

Banyak benda membuatkan aku terasa hati, terutama sekali dia nak kawal kami ketika balik kampung.

Balik kampung memang rasa tertekan sebab selalu balik rumah dia, mentang-mentang rumah mak aku jarak 15 minit je dia nak kawal pergerakan kami.

Keluar rumah mak sekejap je pun kena sindir, nak keluar pergi jalan kena sindir siap pesan jangan keluar lama sangat balik awal.

Dia tak sedar ke anak dia dah besar dah kahwin ada keluarga lain juga.

Anak dia yang perempuan bujang masih anak dara keluar rumah sampai malam tak ada pula dia nak bising atau larang.

Ini aku stress memikirkan adik ipar aku yang perempuan nak intern dekat rumah sewa kami. Mentua tak tanya tau, minta izin ke tak ada.

Dia terus bagitahu nanti anak dia yang perempuan duduk sekali dengan kami nak intern nanti. Aku stress sebab fikirkan duit.

Gaji aku kalau dicampurkan dengan gaji suami tak sampai RM3K pun, tinggal di tengah-tengah kota ni.

Makanan pun kami catu. Mentua aku ni tahu je kami ni tak berduit tapi buat-buat tak tahu.

Adik habiskan duit tapi aku pula kena marah

Pernah dua orang adik ipar aku datang tidur kat rumah kami tapi duit belanja tak beri kat anak-anak dia. akhirnya suami la kena habiskan duit dia kat adik2 dia.

Suami aku ni kalau tak ada duit dia akan ungkit segala benda kat aku. Dia cakap aku ni tak pernah beli susu, beli pampers.

Padahal aku berpantang, aku yang beli pampers, susu je la dia beli. Aku bayar segalanya, baju anak, mengurut, pampers, yuran anak. Itupun suami aku duk ungkit.

Aku ni bukan nak berkira sangat dengan adik-adik ipar aku tu, keluarga aku juga.

Tapi aku jadi terus sakit hati bila dengan aku, suami aku ungkit segala benda tapi dengan adik-adik dia sendiri, tak kisah keluarkan duit banyak mana.

Suami layan video lucah

Sebab kedua aku stress, suami aku ni kaki p*rn. Memang tabiat dia dari remaja sampailah menikah dah ada anak dua.

Dah ada bini depan mata masih nak tengok perempuan lain kat sosial media. Setiap hari asyik layan gambar atau video tak senonoh.

Aku jadi stress sebab adik ipar aku tu tidur je pakai baju tidur seksi. Nama apa entah baju tu, nightdress ke. Dia tak tahu ke abang dia ni kaki porn.

Memang lah keluarga dia tahu, dah nampak alim kat luar, nampak lurus, pernah jadi tok imam. Siapa nak percaya cakap aku kalau suami aku tu kaki porn.

Aku tak nak la sepanjang berbulan intern kat sini, terjadi perkara bukan-bukan. Nauzubillah.

Kalau dia nekad nak duduk sekali dengan kami, aku nak mesej mentua aku. Hahahahaha. Jangan pakai seksi ya, anak mak yang lelaki ni bukan boleh percaya.

Aku doakan semoga adik ipar aku berubah hati bertukar ke tempat lain.

Baca juga Punca utama kenapa ramai tidak mahu bercuti ke Pulau Langkawi