Adi Putra akui dirinya ‘mahal’. Adi Putra atau Muhammad Hadi Putera Halim, 41, berkata, ‘mahal’ itu lebih fokus kepada usaha keras pelakon yang bekerja siang dan malam termasuk memberi mutu lakonan berkualiti.
“Saya sentiasa ‘mahal’, tetapi mahal itu lebih kepada komitmen kita yang sudah lama bekerja. Jadi kita tahu bagaimana cara kerja kita siang dan malam. Mahal itu bukan stigma, tetapi lebih kepada dihargai.
“Saya ini nak tumpang juga rakan-rakan seniman lain yang ada nilai. Kita tahu rakan artis dan kru bagaimana cara kerja. Jadi apa salahnya jika ‘mahar’ ditingkatkan sedikit,” katanya kepada mStar.
Datuk Adi Putra menyifatkan pengalamannya lebih sedekad sebagai pelakon adalah wajar sekiranya dia ingin meminta bayaran tinggi daripada penerbit.
“Pernah dulu orang cakap saya seorang yang demand. Pada saya perkara itu penting. Kalau kita tidak mempunyai tanda aras tinggi, kita tidak diibaratkan tiada arah tuju. Demand itu bermaksud kita tahu apa yang kita mahukan.
“Sekiranya kita masih bermain tarik tali, bermaksud kita masih terkapar-kapar di atas lautan,” terangnya.
Pada masa sama pelakon filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan itu turut berpendapat peningkatan bayaran pelakon perlu memandangkan had gaji minimum meningkat daripada RM1,200 kepada RM1,500 tahun ini.
Perkara itu juga dilihat sebagai salah satu langkah untuk menjamin masa depan yang lebih baik.
“Bayaran mahal bukan bermaksud tidak boleh tawar menawar, tetapi zaman sekarang ini kita tahu terhadnya bagaimana,” jelasnya.
BACA:
Fahmi Feza selamba tolak jemputan TMJ nak jumpa, “saya harap kamu faham”
Tuntutan Sulu: Didakwa jadi punca, Tommy Thomas akhirnya buka mulut
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio