Ada unsur lalai, dan salahguna kuasa, NGO buat report polis terhadap Tun M

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SGGMSR) bersama wakil daripada 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Rabu telah membuat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu Batu Puteh.

Jurucakap gabungan tersebut, Shahbudin Embun, berkata pihaknya memohon agar polis menyiasat sama ada tindakan

Bekas Perdana Menteri itu yang tidak meneruskan permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) melibatkan unsur kelalaian, penyalahgunaan kuasa, atau tidak mematuhi prosedur yang betul.

“Keputusan ini telah memberi kesan besar terhadap kedaulatan negara kerana Malaysia telah kehilangan hak untuk mempertahankan Batu Puteh.

“Saya percaya rakyat Malaysia berhak mengetahui mengapa keputusan ini dibuat secara sepihak dan siapa yang bertanggungjawab sepenuhnya

Ada unsur lalai, dan salahguna kuasa, NGO buat report polis terhadap Tun M

atas kehilangan peluang untuk mencabar keputusan ICJ tersebut,” kata Shahbudin ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam.

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang dibentuk untuk mengkaji pengendalian kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, dalam laporan yang dibentangkan kepada Ahli Parlimen pada 5 Disember lalu, mencadangkan agar siasatan jenayah dilakukan terhadap Dr Mahathir.

Suruhanjaya itu berpendapat Dr Mahathir mungkin dengan sengaja mempengaruhi Jemaah Menteri ketika itu untuk tidak meneruskan kedua-dua permohonan berkenaan, walaupun ia bertentangan dengan pendapat perunding antarabangsa yang menyatakan bahawa permohonan itu mempunyai asas yang kukuh dan berpotensi untuk berjaya.

Dalam perkembangan lain, Shahbudin berkata pada Ahad lepas, NGO tersebut juga telah membuat laporan polis terhadap seorang penulis blog yang didakwa telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain di media sosial.

“Sejak kebelakangan ini, dia sering membuat kenyataan fitnah terhadap Perdana Menteri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman, mengesahkan bahawa kedua-dua laporan polis tersebut telah diterima.

BACA: “Bila giliran saya, suami mengadu hal madu, dia ingat saya nak dengar, siapa suruh dia cari penyakit”