Ada RM100 pun dah boleh beli ‘King’ Myvi sekarang, tak payah buat loan dah. Mendepani cabaran ekonomi sekarang, perkara yang harus kita fikirkan adalah untuk kestabilan perbelanjaan seperti simpanan. Boleh dikatakan, banyak cara penyimpanan yang boleh diamalkan seperti menabung di bank ataupun menyertai pelaburan. Apabila sudah berniat menyertai pelaburan,semestinya anda mahukan sesuatu yang selamat/stabil kan?
Oleh yang demikian, ramai yang memilih untuk melabur di Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang diyakini dan dipercayai setiap lapisan masyarakat. Seperti yang semua sedia tahu, dunia kini berada di zaman teknologi di hujung jari, maka hendak melabur di ASNB juga boleh dibuat dengan menggunakan telefon pintar sahaja.
Ada pelbagai kaedah sebenarnya, tapi sudah pasti anda mahukan ganjaran yang paling lumayan kan?
Ganjaran yang diyakini paling besar dari kempen Maybank ialah sebuah kereta. Hanya perlu melabur di ASNB dengan menggunakan perkhidmatan Maybank. Apa tidaknya, dengan nilai pelaburan yang rendah, anda akan diberikan ganjaran yang sangat besar sekiranya bernasib baik. Lebih banyak kali transaksi, lebih tinggi peluang untuk menang.
Melabur RM100 je tapi boleh dapat Perodua Myvi
Siapa sangka kan, dengan bermodalkan RM100 pun dah boleh berpeluang menang Perodua Myvi sebagai hadiah utama. Itulah ganjaran yang ditawarkan sekiranya anda melabur di ASNB melalui perkhidmatan Maybank – aplikasi MAE dan laman web Maybank2u.
Dikenali seluruh negara, kereta yang dianggap “king” di jalanan ini sentiasa mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Siapa je yang tak mahu kereta model Perodua Myvi kan? Jadi, inilah peluang nak memiliki kenderaan ini dengan modal yang sangat rendah.
Tak ada modal RM100 tapi nak ganjaran juga? Boleh je. Dengan bermodalkan RM30 atau RM50 pun juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM50 dan RM500.
Syarat-Syarat Nak Menang
Untuk memenangi Perodua Myvi dan hadiah wang tunai ini, syarat-syaratnya mudah sahaja.
Tempoh kempen ini sudah bermula dari 1 Oktober lalu dan berterusan sehingga 30 November 2022. Kempen ini juga terbuka kepada semua individu yang mempunyai akaun Maybank2u (aktif) atau pemegang akaun MAE yang sah sahaja.
Jangan khuatir sekiranya anda tidak mempunyai akaun Maybank kerana anda boleh mendaftar akaun MAE secara percuma untuk labur dan menang. Bukan setakat pelaburan, dengan aplikasi MAE, anda boleh melakukan transaksi perbankan – bayar bil, tambah nilai prabayar dan macam-macam lagi.
Cara-Cara Melabur Di ASNB Melalui Aplikasi MAE Dan Laman web Maybank2u
Pengguna Maybank akan mempunyai banyak peluang untuk memenangi Perodua Myvi atau wang tunai sekiranya kerap membuat pelaburan ASNB menggunakan aplikasi MAE dan juga laman web Maybank2u. Caranya mudah sahaja, anda boleh ikut beberapa langkah seperti yang berikut.
Aplikasi MAE
- Log masuk dan tekan ‘Transfer’
- Pergi ke ‘ASNB’ dan pilih ‘ASNB Transfer’
- Masukkan butiran pemindahan dan selesaikan transaksi anda.
Laman Web Maybank2u
- Log masuk ke laman web Maybank2u dan klik ‘Pay & Transfer’
- Klik ‘Transfer’ dan pilih ‘ASNB Account’
- Masukkan butiran pemindahan dan selesaikan transaksi anda.
Pemenang akan dipilih secara rawak dan diumumkan dalam masa 90 hari selepas 30 November 2022.
Mudah kan nak menang? Daripada simpan ja RM10 tu bawah katil tanpa sebarang pulangan, baik simpan di dalam ASNB. Untung-untung boleh dapat Perodua Myvi atau wang tunai yang lumayan. Alang-alang nak melabur di ASNB, baik gunakan aplikasi MAE dan laman web Maybank2u. Kalau berminat dan mahu lebih banyak maklumat, sini rujuk DI SINI.
BACA:
Abang Viva jelas sebab sebenar mak ayah tak datang akad nikah, “mereka tak setuju..”
Suami ‘kantoi’ bercinta dengan anak tiri sendiri umur 18 tahun