‘Ada hadis ke yang cakap budak kena duduk saf belakang masa solat?’ Budak hantar surat layang, bengang dihalau solat saf pertama

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Untuk memupuk minat terhadap solat dan ilmu agama, sesetengah ayah gemar membawa anak lelaki mereka untuk bersolat berjemaah di masjid atau surau.

Namun, seperti biasa, apabila budak-budak ingin bersolat bersama, imam atau jemaah akan meminta kanak-kanak

Tersebut bersolat di saf belakang dan memberi keutamaan kepada jemaah dewasa di saf pertama.

'Ada hadis ke yang cakap budak kena duduk saf belakang masa solat?' Budak hantar surat layang, bengang dihalau solat saf pertama

“Adakah terdapat hadis Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa budak-budak perlu duduk di belakang semasa solat?”

Tindakan ini telah menyebabkan seorang budak marah sehingga dia menulis surat kepada Pengerusi Surau menyatakan rasa tidak puas hatinya apabila ditolak ke saf belakang.

Berikut adalah surat aduannya yang menjadi viral di Twitter:

Imej

Apa yang membuatkan admin dan netizen terkesan ialah ketika budak ini dengan beraninya bertanya, adakah terdapat hadis Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa budak-budak perlu duduk di belakang semasa solat? Sungguh mengejutkan.

Dia juga memberitahu bahawa dia sudah berkhatan dan dia juga berhak untuk bersolat di saf hadapan. Walaupun saya masih budak, saya solat dengan penuh khusyuk. Tidak semua budak-budak suka bermain ketika solat.

“Saya pernah solat di hadapan Kaabah dan tiada sesiapa yang menghalang saya.”

Sungguh berani!

“Bagus adik ini. Bapanya sekarang YDP PIBG.”

Netizen memuji keberanian budak ini dan membuat kajian bahawa bapa kepada budak ini merupakan YDP PIBG bagi sekolah SK La Salle (1) Brickfields. Anaknya bijak seperti ayahnya.

Tidak hanya budak ini, netizen lain juga pernah mengalami masalah yang serupa. Perlu tanya Tuan Mufti Wilayah, betulkah budak-budak tidak dibenarkan solat di saf depan?

Teruskan, adik! Min suka melihat budak-budak yang rajin solat dan berani menyatakan pendapat mereka.

BACA: Sejauh mana suami menipu saya, Allah bukakan aib dia selepas dia meninggal dunia’ ‘Allah itu maha Adil..