Ada elemen paksaan dalam jualan Kieda Crepe? Sekali UAI buka mulut

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Kami telah menerima beberapa soalan mengenai isu Kieda Crepe di mana ada orang mendakwa beliau telah

“memaksa” pelanggannya membeli barang-barang yang pelanggannya tidak mahu beli.

Ini adalah kerana beliau menjual crepe beliau dengan digabungkan dengan produk lain.

Ada elemen paksaan dalam jualan Kieda Crepe? Sekali UAI buka mulut

Telah menjadi viral pulak kerana agak ramai yang mendakwa beliau memaksa pembeli beli barang pada asalnya tidak mahu beli.

Ada juga dikongsi suatu sedutan video Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang menyatakan bahawa jual-beli sebegitu adalah tidak sah sebab tiada keredhaan penjual dan pembeli kerana pembeli “dipaksa” beli benda yang dia tidak mahu beli.

So adakah elemen paksaan dalam jual-beli ini?

—–
Antara syarat jual-beli adalah التراضي بين الطرفين (saling meredhai antara kedua belah pihak). Ertinya penjual bersetuju untuk menjual dan pembeli juga bersetuju untuk membeli dengan ketetapan tersebut. Maka, tiada pihak yang dipaksa menjual apa yang beliau enggan jual atau tiada pihak yang dipaksa membeli apa yang beliau enggan beli.
Ini berasaskan firman Allah SWT dalam Surah al-Nisa ayat 29:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَأۡكُلُوٓاْ أَمۡوَٰلَكُم بَيۡنَكُم بِٱلۡبَٰطِلِ إِلَّآ أَن تَكُونَ تِجَٰرَةً عَن تَرَاضٖ مِّنكُمۡۚ

(Maksudnya) “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah

Tapi apakah jual-beli secara paksa itu?

Dalam Islam, paksaan yang boleh menjejaskan syarat keredhaan dan membatalkan akad adalah yang mengandungi unsur ancaman atau ugutan.
Oleh itu, para ulama telah meletakkan beberapa syarat yang perlu dipenuhi bagi membolehkan kita mendakwa transaksi yang kita lakukan itu adalah secara paksaan. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

i. Orang yang memaksa hendaklah mampu melaksanakan ugutan atau ancaman yang dibuat;

ii. Orang yang dipaksa ada sangkaan tinggi bahawa orang yang memaksa tersebut mampu melaksanakan ancaman atau ugutannya sekiranya dia enggan menurut perintahnya dan dia pula tidak mampu menghalangnya daripada melaksanakan ugutan atau ancaman tersebut;

iii. Ancaman atau ugutan yang dibuat oleh orang yang memaksa itu melibatkan keselamatan ke atas nyawa, anggota dan harta; dan

iv. Orang yang dipaksa telah menunjukkan keengganannya untuk melakukan perbuatan tersebut sebelum ugutan atau ancaman dibuat lagi.
Contoh jual-beli paksa ialah:

1. Kita bayar tunai RM100 untuk isi minyak. Setelah isian penuh, jumlah harga minya ialah RM90 maka kita mintak daripada pekerja stesen minyak baki RM10.

Namun pekerja stesen minyak itu berkata polisi mereka ialah baki tidak dikembalikan.

Sebaliknya, baki itu hendaklah digunakan untuk beli barang yang senilai di stesen minyak mereka.

2. Abang kita jual produk MLM sebanyak RM200. Dia berkata kepada adiknya jika adiknya tak beli barang RM200, mereka bukan adik-beradik lagi.
——

Dalam isu Keida Crepe, kami difahamkan seperti berikut:

1. Beliau pernah pada asalnya menjual crepe sahaja dan tidak digabungkan (secara kombo) dengan produk lain. Pendek kata beliau menjual crepe beliau sahaja.

2. Beliau kini tidak menjual crepe secara berasingan dan kini menjual crepe beliau dengan digabungkan dengan produk orang lain. Beliau memberi alasan bahasa beliau ingin “membantu vendor lain”.

Adakah syarat-syarat baru ini merupakan satu paksaan dalam jual-beli?

Walau apa pun niat beliau menukar syarat-syarat pembelian, pendapat kami adalah seperti berikut:

1. Jual-beli dengan syarat-syarat baru Keida Crepe bukanlah jual-beli paksaan. Sebab pembeli ada pilihan samada untuk beli atau tidak serta boleh beli di tempat lain jika tidak setuju dengan syarat-syarat baru beliau.

2. Syarat-syarat baru beliau adalah jelas dan tidak disembunyikan atau hanya diberitahu selepas pembeli bayar.

Beliau dengan jelas pamerkan maklumat harga baru di luar dan di dalam kedai. Beliau dah ubah produk dia jadi combo dan telah jelas diberitahu kepada semua pelanggan.

3. Mungkin ada elemen paksaan jika orang yang dah beli crepe dan dah bayar tetapi dia belum hantar, dia tukar syarat mesti tambah wang sebab mesti beli choco jar, jika tidak wang tidak dikembalikan. Itu barulah paksaan. Tapi jika dia refund sebab pelanggan tak mahu beli, itu bukan paksaan.

4. Mengenai pendapat UAI, kami kurang bersetuju sebab jual-beli Kieda Crepe ini tidak memenuhi kriteria “paksaan” dalam jual beli sebab beliau telah pamer maklumat produk baru dan pelanggan masih ada pilihan samada ingin meneruskan pembelian atau tidak.

Walaupun mungkin soalan itu tidak ditujukan kepada isu Kieda Crepe. Mungkin soalan kepada UAI itu boleh dibaiki untuk pencerahan beliau yang lebih baik.

Tapi kita tidak alami “paksaan” bila sebaliknya kita bayar serta sudah dapat produk.

Tiada elemen “saya terpaksa beli” atau “dipaksa beli” lagi.

Dalam industri runcit, jual kombo adalah perkara biasa. Pengalaman kami di stesen minyak ialah kami sentiasa ambil cakna melalui sistem runcit produk-produk yang “bergerak perlahan” atau tidak laku (slow moving product).

Produk “bergerak perlahan” akan digabungkan sebagai jualan kombo dengan produk yang selalunya “bergerak laju” (fast moving product).

Kombo juga adalah satu produk.

Oleh itu, nasihat kami kepada pelanggan-pelanggan beliau agar berhenti daripada menuduh beliau memaksa pelanggan beli benda yang pelanggan tidak mahu atau tidak perlukan. Pilihan adalah di tangan pelanggan untuk meneruskan pembelian atau tidak.

Jom belajar muamalat!

Semoga bermanafaat.

Suburkan ilmu, jauhi kedangkalan.
Insha Allah…😬

Nota Lariba: Sebahagian isi post ini dipetik dari FB Dr MAZA dan mesti produk crepe sedap ini

BACA: Tak tahan air liur dan bau kentut anjing dalam pesawat, pasangan suami isteri tuntut ganti rugi