Ada 45 buah kamera AES seluruh negara, rupanya ramai tak tahu lokasi zon perangkap had laju

Oleh MHDAILY

Ada 45 buah kamera AES seluruh negara, rupanya ramai tak tahu lokasi zon perangkap had laju

Senarai Terkini Lokasi Kamera AES Di Malaysia. Panduan buat pengguna kenderaan di Malaysia.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan sistem AWAS bagi membantu mengurangkan jumlah kemalangan dan kematian di jalan raya yang melibatkan kesalahan berkaitan dengan had laju dan juga pelanggaran isyarat lampu merah.

Ada 45 buah kamera AES seluruh negara, rupanya ramai tak tahu lokasi zon perangkap had laju

Berikut adalah Senarai Lokasi Kamera AES Terkini Di Malaysia di lebuhraya, jalan biasa melibatkan pemasangan kamera AES hadlaju dan lampu isyarat.

AES atau Automated Enforcement System adalah satu kaedah penguatkuasaan peraturan dan undang-undang lalulintas secara automatik yang beroperasi 24 jam tanpa henti walau dalam apa jua keadaan cuaca.

AES beroperasi dengan pemasangan kamera automatik di lokasi-lokasi tertentu seperti jalanraya, lebuhraya dan persimpangan lampu isyarat.

Kamera akan menangkap gambar kenderaan yang melakukan kesalahan dan dihantar ke pusat kawalan AES. JPJ akan mengesahkan kesalahan dan butiran pemilik kenderaan dan seterusnya mengeluarkan saman kepada pemilik kenderaan.

Lokasi Kamera AES Terkini Di Malaysia

Senarai Lokasi AES Terkini (Baru Dan Sediada)
Berikut dikongsikan senarai lokasi kamera AES baru, dalam persediaan dan sediada samada di jalan biasa, Lebuhraya serta persimpangan lampu isyarat.

A. Lokasi Kamera Aes Awas Sediada
Terdapat sejumlah 45 kamera sediada iaitu 29 kamera AES melibatkan had laju dan 16 lagi melibatkan Lampu Isyarat. Senarai lengkap lokasi letaknya kamera AES sediada meliputi maklumat lokasi, no laluan, had laju dan koordinat GPS adalah seperti berikut :-

Kamera AES/AWAS (Had Laju)
Lokasi Had Laju Arah
KM256.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 110 km/j Kuala Terengganu
KM151.4 Lebuhraya PLUS 110 km/j Arah Utara
KM18 Lebuhraya Guthrie 110 km/j Arah Utara
KM28.4 Lebuhraya ELITE 110 km/j Arah Utara
KM1 Lebuhraya PLUS 110 km/j Arah Utara
KM21 Lebuhraya LEKAS 110 km/j Arah Utara
KM184.2 Lebuhraya PLUS 110 km/j Arah Utara
KM185 Lebuhraya PLUS 110 km/j Arah Selatan
KM21 Lebuhraya LEKAS 110 km/j Arah Selatan
KM1 Lebuhraya LEKAS 110 km/j Arah Selatan
KM17 Lebuhraya LEKAS 110 km/j Arah Selatan
KM18 Lebuhraya Guthrie 110 km/j Arah Selatan
KM146.8 Lebuhraya PLUS 110 km/j Arah Selatan
KM288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 110 km/j Arah Kuala Lumpur
KM214.4 Lebuhraya PLUS 110 km/j Arah Selatan
KM97.2 Lebuhraya PLUS 110 km/j Arah Selatan
KM299.9 Lebuhraya PLUS 110 km/j Arah Utara
KM204.6 Lebuhraya PLUS 110 km/j Arah Utara
KM174 Lebuhraya PLUS 110 km/j Arah Utara
KM6.6 Lebuhraya SKVE 80 km/j Puchong ke Kajang
KM1.6 Lebuh Sentosa, WP Putrajaya 70 km/j Kajang ke PICC
KM17 Jalan Gua Musang-Kuala Krai 90 km/j Arah Kota Bharu
KM301.6 KM Lebuhraya PLUS 90 km/j Arah Utara
KM328.8 Lebuhraya PLUS 110 km/j Arah Selatan
KM166 Lebuhraya PLUS 110 km/j Arah Selatan
KM375.9 Lebuhraya PLUS 110 km/j Arah Utara
KM96.3 Lebuhraya PLUS 110 km/j Arah Selatan
KM214.4 Lebuhraya PLUS 110 km/j Arah Utara
KM85.5 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, Sungkai 90 km/j Arah Selatan
Lokasi Kamera AES/AWAS (Lampu Isyarat)
Lokasi Penguatkuasaan Arah
Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur Lampu Isyarat Arah Puchong
KM26 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar (Sungai Siput) Lampu Isyarat Arah Kuala Kangsar
KM1 Jalan Gurun-Sik Lampu Isyarat Arah Sik
KM36 Jalan Alor Setar-Butterworth Lampu Isyarat Arah Puchong
KM4 Jalan Setiawan-Lumut Lampu Isyarat Arah Lumut
KM11 Jalan Setiawan-Ipoh Lampu Isyarat Arah Setiawan
KM116 Ipoh-Kuala Lumpur Lampu Isyarat Arah Ipoh
KM116 Ipoh-Kuala Lumpur Lampu Isyarat Arah Kula Lumpur
KM4 Jalan Setiawan-Lumut Lampu Isyarat Arah Setiawan
KM54 Jalan Alor Setar-Butterworth Lampu Isyarat –
KM1 Jalan Gurun-Sik Lampu Isyarat Arah Sik
Jalan Pasir Putih, Ipoh Lampu Isyarat Arah Pasir Janji
Jalan Ipoh, Kuala Lumpur Lampu Isyarat Arah Sentul
KM14 Jalan Ipoh-Pusing Lampu Isyarat Arah Setiawan
KM8 Jalan Teluk Intan-Hutan Melintang Lampu Isyarat –
KM38 Jalan Ipoh-Kampar Lampu Isyarat Arah Ipoh
Semoga perkongsian Senarai Lokasi AES Terkini Di Malaysia boleh dijadikan panduan dan rujukan buat para pemandu kenderaan di Malaysia. Cara permanduan yang berhemah dengan mematuhi undang-undang jalanraya dapat membantu dalam mengelakkan atau mengurangkan kemalangan di jalanraya. Selamat memandu dan elakkan dari disaman atas kesalahan jalanraya.

BACA:

Patutlah sihat-sihat ayam di Thailand rupanya ayam ternakan diberi makan ganja ramai tak tahu