“Abang tengking ibu, siap banding tahap belajar dengan mentua, tapi bila nak ‘dating’, ibu juga jadi mangsa

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Buat pasangan yang sudah berkahwin jangan jadikan ibu bapa ‘pengasuh’ percuma setiap kali mahu keluar berjalan berdua.

Melainkan dalam keadaan terdesak, ada hal kecemasan, jika tidak upahlah orang untuk jaga anak anda ketika anda keluar berhibur.

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa terhadap abang dan kakak ipar yang dilihat sudah tidak menghormati ibu dan bapanya.

“Abang tengking ibu, siap banding tahap belajar dengan mentua, tapi bila nak ‘dating’, ibu juga jadi mangsa

Di bawah adalah kisah tersebut.

“Dari mula perkahwinan, ipar saya, a.k.a menantu perempuan keluarga kami, tidak hormat pada ibu dan ayah saya.

Tidak tahu punca apa. Sedangkan keluarga kami sangat menyambut kedatangan dia dalam keluarga kami.

Ibu tak pernah sekali pun menyuruh ipar saya membuat kerja-kerja rumah atau membebankan dia atas status ‘menantu perempuan’.

Satu hari, abang saya bergduh dengan ibu sehinggakan diacu-acunya jari ke muka ibu sambil menengking tanpa rasa hormat (Ibu selalu ungkit perkara itu hingga ke hari ini).

Pergaduhan berlaku berpunca apabila ipar saya naik suara pada ibu kerana tidak sudi menjaga anak mereka pada waktu itu.

Manakala, ibu pula tidak dapat menahan marah dan minta mereka beredar pulang.

Yang paling menyedihkan apabila ipar saya sering ‘brainwash’ anak-anak untuk membenci keluarga sebelah kami.

Anak-anak yang masih yang kecil dan jujur, menyampaikan perkara tersebut kepada kami. Ibu dan ayah dah lama makan hati.

Paling menyedihkan, anak lelaki mereka, abang saya, sendiri kini menjadi ‘orang luar’ buat mereka.

Sampai pada satu tahap, apabila ada perselisihan faham, abang saya akan ungkit tahap pembelajaran dia yang lebih tinggi berbanding ibu dan ayah saya.

Abang juga sering membandingkan ibu dan ayah dengan mentuanya. Ibu dan ayah rasa sangat terhina (buat pengetahuan mu, abang).

Ipar saya juga sering melepaskan beban menjaga anak-anak kepada keluarga kami.

Bila nak berdua dengan suami atau ibu dan ayahnya, dia akan hantar anak-anak ke rumah kami.

Ibu dan ayah saya mengeluh penat, tapi tiada peluang untuk meluahkan. Bila ditegur, di tahan anak-anaknya dari datang ke rumah kami.

Saya menjadi tempat luahan hati ibu dan ayah. Bila disampaikan pada abang, dia menengking dan mengamuk.

Buat abang saya dan isterinya, Semoga Allah memberikan hidayah buat mu. Supaya tidak terlambat untuk muhasabah diri dan meminta maaf pada ibu dan ayah.

Ingat, hidup kita sampai ke tahap ini kerana doa dan restu mereka.”

Mungkin ada situasi yang berlaku tapi tidak dimaklumkan kepada pemilik cerita, mana tahu ada sisi lain yang menyebabkan si abang hilang hormat.

Namun tidak perlu sampai membandingkan tahap pelajaran jika akhirnya kudrat si ibu itu diperlukan untuk menjaga anak mereka.

Baca juga: “5 pagi, aku lihat mak masih dengan telefon, bila mak perasan aku terjaga, dia pura-pura tidur, satu hari segalanya terbongkar, aku terkedu mak masih mengejar nafsu”