“Abah cuma minta RM6000 je duit hantaran, tiba-tiba dia kata abah tiada hak nak guna untuk majlis sekali ini pula yang terjadi”

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Assalamualaikum dan salam sejahteraHi. Aku wanita yang umur 32 tahun yang berkerja biasa biasa saja tapi dalam masalah.

Pleasee dengar luahan aku, aku tatau nak cerita dekat sapa.Aku sekarang sakit kepala memikirkan masalah aku dengan dia. Ceritanya begini…

Aku kenal dia disalah satu media social. Berkawan selama 4 bulan dan terus ke serius step which mean perkahwinan.

Pada mulanya semua okay tapi aku baru perasan yang dia ni kedekut atau berkira orangnya.

Bermula dengan hantaran 6k abah aku mintak untuk aku, mulanya dia setuju dengan itu.

"Abah cuma minta RM6000 je duit hantaran, tiba-tiba dia kata abah tiada hak nak guna untuk majlis sekali ini pula yang terjadi"

Abah aku nak jadikan duit hantaran tu untuk majlis aku dengan dia dan sekupang pon abah aku tak ambil untuk diri sendiri.

Dia boleh cakap dekat aku yang abah aku takde hak nak guna duit tu untuk majlis sedangkan duit tu hak ku.

Aku jadi kecewa dengar perkataan dari mulut dia sedangkan abah aku guna untuk bahagian dia sekali sebab aku nak tolong dia jimatkan semua. Tapi macam naik kepala pulak dia.

Lepastu aku bergaduh jugak dengan dia sebab perangai dia macam tu. Aku rasa macam tak nak teruskan dah perkhawinan tu dan pulangkan semua duit dia tapi adik aku cakap sabar.

Dia nasihat aku macam macam sampai aku cooldown dan teruskan perjalanan wedding tu.

Masalah kedua pulak, kadi dekat tempat aku ditamatkan kontrak jadi aku kena kahwin dekat pejabat agama. Dan dah lari dari plan asal yang mana nikah dan sanding pada tarikh sama.

So plan nak guna baju sewa untuk nikah sanding terpaksa dibatalkan. Kena guna untuk sanding saja dan baju nikah kena beli asing.

Aku tanya dia baju tu awak belikan ke. Dia cakap suh aku beli sebab dia dah takde duit.

Aku cakap la aku pon dah start kering sebab aku tak expect aku akan kahwin secepat ni.

Memandangkan dulu aku pernah berbincang untuk kahwin tahun hadapan sebab aku takda saving (berhenti keje dan terpaksa survive guna saving sementara dapat kerja baru).

Masa aku kenal dia tu aku baru dapat keje baru. So aku takleh nak ikat duit aku memandangkan aku anak sulung, aku kena support family aku.

Aku dah terangkan tapi dia cakap takpe teruskan jela. Aku pon okay jela. So majlis tu topap topap kena guna duit aku jugak.

Aku terus terang dekat dia. Dia tetibe macam marah aku sebab dia saja keluar duit, aku tak keluar. Sedangkan duit dewan semua aku guna duit aku sebab nak tolong dia.

Kat situ aku rasa macam dah red flag sangat dah.

Dari segi layanan pula, memula kenal dia okay saja. Sembang banyak, ketawa happy happy.

Lepas dah nak ke kahwin dia jarang text aku, kol. Alasan nak jarakkan sikit sebab nanti dah kahwin tak manis katanya.

Aku pon okay la. Tapi bila aku text dia, dia marah marah aku. Aku terasa gila. Lepas tu aku ignore dia.

Bila dia tau aku ignore dia, terhegeh hegeh pula mesej aku. Aku buat tak tahu saja. Sebab makin tawar hati. Entah lah.

Satu lagi, memang nampak keturunan dia pon sama level kedekut dengan dia.

Homestay nak dua buah tapi dia suruh bakal suami aku tanggung, bukan sehari. Tapi dua hari. Total ja hampir 1k.

Aku jadi marahlah sebab melampau. Dah kitaorang nak banyak pakai duit, family dia langsung ta supportive malah membebankan sedangkan sedara family aku sangat bertimbang rasa langsung tak bebankan aku.

Lupa pulak na story, lepas majlis akad nikah tu kena buat makan makan sikit antara family.

Aku ada minta dia duit, means sorang separuh. Tetibe dia cakap bukan urusan dia supposely family aku patut bayarkan semua.

Aku cakap lah, family kau ramai kot. Setakat bape kerat boleh la abah aku baya ni 20+ orang yang datang, kesian abah aku.

Pasal kadi pon dia suruh aku bayar. Aku cakap okay sorang separuh.

Malu kalau aku cerita ni dekat family aku. Diorang semua taktau cerita ni. Aku hanya pendam dan sedih.

Lagi berapa minggu saja majlis tu nak mula tapi hati aku dah tawar. Sekarang ni dia tengah marah aku sebab aku suh dia beli baju nikah sendiri.

Aku just buat hati kering saja. Malas nak layan. Aku nak stop tapi aku fikir air muka abah aku yang dah edarkan kad semua, persiapan pon dah 70%. Tah lah…

Sorry lah aku banyak meluah. Aku tak nak burukkan pasangan aku dekat family aku tapi aku rasa bebal dengan perangai dia. Mungkin salah aku.

Reaksi Warganet

Are-Da Wb –
Kalau dah tawar hati, senang nak move on. Lain lah kalu sis masih sayangkan dia, susah nak move on.

Apa pun, sis tenangkan diri. Tarik nafas panjang panjang, hembussss dan tanya diri sendiri, adakah sis akan rasa bahagia dengan dia atau sis akan banyak makan hati dengan dia nanti ?

Dan, sis kene berbincang dengan mak ayah sis. Mak ayah mesti lah nak yang terbaik untuk anak anak dia…

Senyum Selalu –
Kalau semuanya letak di bahu lelaki, mana tak teruk kawan tu.

Sebetulnya urusan perkahwinan perempuan perlu ditanggung oleh bapa perempuan. Tapi TT ni dok suruh bakal suami tanggung itu ini. Bila bakal suami tak nak terus cop kedekut…

Tak mampu beli atau sewa baju mahal, beli je baju kurung biasa. Tak mampu jamu family makan sedap lepas kenduri, goreng bihun pun dah memadai.

Islam dah mudahkan, kita orang melayu suka rumitkan…

Takkan kemampuan seorang lelaki berkahwin diukur semasa kenduri saja. Nak kena ikut semua kehendak perempuan, tak ikut dicop kedekut dan tak mampu? Kesian la dekat org lelaki sama…

“Tapi kalau camni pun dah berkira itu ini”…. Ni masalah segelintir orang pmpuan macam awak.

Nak jugak lelaki tunaikan segala kehendak, bila tak tunaikan keluar ayat “berkira itu ini”…. Maaf kalau ayat saya agak kasar….

Kalau betul paham Islam, majlis perempuan perlu ditanggung 100% bapa perempuan jadi tak timbul isu pihak lelaki “berkira itu ini”.

Kalau bapa tak mampu buat ala kadar saja. Apa yang tt mention tu keinginan semata bukan kewajipan….

Saya bagi pendapat saja, maaf kalau bila baca nampak macam bergaduh. Taip dengan sembang berbeza.

Saya dah 11 tahun kawin, so saya paham kesukaran seorang lelaki kumpul duit untuk halalkan pmpuan. Harap orang perempuan boleh lihat dari pandangan lelaki pula…

Nour Aein –
Jangan berkahwin jika belum ready. Simple. Umur 32 tak semestinya kena cepat cepat kahwin. Jangan takot orang cop Andartu.

Saya pun belum kahwin. Saya ada mak ayah yang perlu difokus dan difikir.

Baru kenal 4bulan dah terus nak kahwin? Tapi cara lelaki tu layan kamu dan family kamu pun macam orang asing yang jauh.

Jodoh yang baik itu memudahkan dan menyenangkan hati..

Akrima Abu Bakar –
Sepatutnye urusan perkahwinan ni urusan yang membahagiakan. Kadang kadang time nak uruskan majlis ni la kita boleh tahu samada kita dan pasangan ni saling memahami atau tak.

Perit kalau berkahwin dengan pasangan yang tak memahami sebab ujian berumahtangga ni bukan kaleng kaleng.

Tambah tambah kalau pasangan tu jenis berkira atau kedekut, dabel azab.

So kalau segan nak batalkan maybe boleh bincang dengan family untuk tangguhkan dulu.

Ambil masa untuk berfikir dan bertenang. Jangan lupa solat istikarah mohon Allah berikan jalan yang terbaik. Allah Maha Tahu..

Mawar Zali –
Percayalah, lebih baik jangan teruskan daripada banyak penyesalan yang akan mula timbul satu persatu selepas ini. Sebab waktu tuh dah tak bole nak undur diri lagi.

Ya betul mungkin bole untuk berpisah tapi akan jadi lebih rumit dengan bermacam proses serta kerenah nak kena hadap.

Termasuk rugi duit masa emosi mental perasaan sakit makan hati bermacam lagi.

Selamatkan hati dan diri sendiri dulu sementara masih berpeluang. In shaa Allah, mohon doa banyak banyak pada Allah semoga Dia hadirkan imam yang terbaik untuk awak satu hari nanti.

32 bukan angka yang menakutkan jika belum berkahwin, tapi akan jadi terasa seumur hidup itu terlalu lama untuk berkongsi jiwa dengan orang yang salah.. Semoga Allah permudahkan urusan awak ya

BACA: “Suami curang belakang aku sampai terlanjur dengan bekas kekasih ketika aku sedang sarat mengandung, alasan suami sangat mengecewakan aku”