“Abah bagi aku kad bank dan minta keluarkan duit sebanyak 10K, tapi duit abah tinggal seratus je, terus siasat dengan kak long, akhirnya kami tahu, siapa yang buat”
Ini adalah kisah benar yang aku rasa kau kena tahu sebab perkara ini terjadi dalam keluarga aku.
Nama aku Hun dan belum berkahwin, anak bongsu 5 beradik dalam keluarga Encik Han dan Puan Jah
(bukan nama sebenar untuk mengelakkan sedara mara mengesyaki), Encik Han dan Puan Jah ada 5 orang anak, 4 perempuan dan seorang lelaki.
Yang sulung aku panggil Kak Long yang garang, yang kedua aku panggil Kak Ngah yang selalu dibuli, yang ketiga (lelaki) aku panggil Kude, keempat Kak Lang yang sentiasa menjadi mangsa fitnah, dan aku Hun si bongsu yang masih belum nak kahwin walaupun umur dah masuk 30-an.
Encik Han seorang pesara TNB dan Puan Jah seorang surirumah dari awal kahwin dengan Encik Han. Tetapi Encik Han telah kembali ke rahmatullah pada 2018. Maka Puan Jah kini bersama aku dan bergilir-gilir tinggal bersama anak-anak yang lain.
Jadi persoalannya siapakah anak tanggang versi alaf baru itu? Mehhh di sinilah aku nak bercerita. Kan aku ada 3 kakak dan 1 abang, agak-agak siapalah yang menjadi tanggang versi moden ni? Dekat sini kakak-kakak aku semua jenis yang bertanggungjawab.
Kakak-kakak semua bekerjaya dalam bidang professional dan kak ngah aku lah paling berjaya sebab kak ngah aku antara orang yang bergaji besar dan dialah yang sentiasa membantu adik-beradik. Aku pun berkerja juga dalam sektor aviation tapi disebabkan pandemic, aku diberhentikan dan menyambung pengajian yang lebih tinggi.
Tetapi malang dalam keluarga aku ada seorang yang menjadi parasite sehingga jiran- jiran pun tahu yang dia ni memang parasite dalam keluarga aku. Perkara ini bermula dari kecil, sewaktu kecil semua permintaan Kude anak lelaki tunggul tu akan dipenuhi, sedangkan aku anak bongsu pun jarang nak dapat apa yang Kude ni nak.
Yang paling malang confirm lah si Kak Lang. Semua benda Arwah Abah akan kata “Ala Kak Lang pakai saja yang mana ada, Kak Ngah punya elok lagi”, masa tu aku kecik lagi dan dah memahami. Dari sekecil barang sampai sebesar barang yang Kak Lang punya tu adalah dari Kak Long dan Kak Ngah.
Sama juga aku yang mewarisi semua barang mereka. Tapi bukan macam Kude, Kude akan dapat barang yang baru, alasan nya dia anak lelaki. Disebabkan dari kecil arwah Abah dah manjakan Kude, sehingga ke beranak pinak Kude tak pandai berdikari sendiri.
Semua benda Kude akan minta dekat Umi sampaikan kami adik beradik naik h4ntu. Itu baru satu kisah, kisah yang sedikit d4hsyat bila Kude ni fitnah kak Lang mencuri duit Kude. Walhal duit tu tak hilang malah masa tu Kak Lang menjadi mangsa arwah Abah menghukum Kak Lang.
Dah lah kak Lang kena rotan sampai berbirat, duit belanja sekolah arwah Abah tahan. Masa tu bukan sekolah rendah ya, dah sekolah menengah. Kak Lang ni lemau orangnya tak reti melawan sebab tu jadi mangsa buli si Kude jahanam ni, tapi aku bukan m4ngsa Kude, sebab aku akan meIawan dengan bukti.
Sampailah aku jumpa sebenarnya duit yang Kude kata Kak Lang curi tu ada, Kude ni kaki bohong juga. Pernah Kude ni mencuri duit cikgu masa sekolah, tapi Kude tak mengaku. Mati-mati kata cikgu tu yang menipu. Walhal, dah kantoi sebenarnya sebab dia plan dengan kawan dia, tapi kawan dia yang kantoikan.
So dekat sini boleh tahu lah perangai Kude macam mana. Tapi apa tindakan arwah Abah? Kude kena rotan? Tidak. Kude kena marah? Tidak. Kude cuma kena tegur dan arwah Abah ganti duit cikgu tu. Masa tu nilai RM 300 nilainya besar ya.
Bila dah bersara zaman sekolah menengah Kude ni cuba nasib masuk asrama harian, dan seasrama dengan kak Ngah. Di sini pun Kude buat masalah, sampaikan arwah Abah terpaksa pindahkan Kude di sekolah harian biasa.
Bayangkan Kude ditangkap pecahkan tabung surau waktu pagi. Dah lah waktu tu Kude baru form 2, alasan Kude abang-abang senior suruh. Walhal itu cuma alasan dia semata, kalau senior yang p4ksa lepas kena tahan sebut saja lah nama senior kan? tapi Kude tak sebut.
Dah lah kak Ngah masa tu Ketua Asrama Perempuan. Kak Ngah terpaksa buat siasatan sendiri dan akhirnya kantoi sebenarnya Kude yang plan sendiri tiada paksaan senior. Itu belum kes Kude mencuri barang-barang kawan biliknya.
Kude sebenarnya ada habit mencuri dan membohong dari kecil sampailah sekarang. Last sekali Kude dibuang asrama dan abah terpaksa pindahkan ke sekolah harian yang abah terp4ksa hantar dan jemput setiap hari. Waktu PMR result Kude adalah A dan Kude mohon ke sekolah teknik berdekatan rumah.
Arwah Abah macam biasa akan izinkanlah sebab Kude kata tu jurusan yang dia minat. Zaman sekolah menengah atas, Kude selalu minta duit arwah Abah atas alasan untuk kelas tambahan, untuk bayaran itu lah, untuk bayaran ini lah padahal Kude ni berjoli dengan kawan-kawan sampai kena tangkap sebab ponteng sekolah.
Itu belum kes kantoi dengan arwah Abah sebab hisap rokok. Apakah tindakan abah? macam biasa sebab Kude anak kesayangan, abah cuma nasihat saja. Rotan? Kude tak pernah kena rotan seperti mana kami anak perempuan.
Masuk U pula, kakak-kakak semua masuk IPTA sahaja dan menerima biasiswa kerajaan. Kude pun masuk U, tapi IPTS, sampai tahun 2, Kude berhenti alasan tak boleh bawak kosnya, Masuk Kolej IPTS, tahun akhir dah pun berhenti sebab pointer rendah.
Masuk kolej Komuniti pun sama juga kena buang sebab asyik ponteng saja, sudahnya hanya berbekalkan SPM yang biasa saja tu mohon kerja sana sini. Dan kebetulan pakcik kami offer si Kude kerja dengan dia. Dekat sini Kude ambil kesempatan ambil duit client tapi tak sampai ke pakcik.
Bila pakcik dedahkan Kude menafikan, macam biasa siapa kena bertanggungjawab? Kude ke? Bukan! tapi arwah Abah. Kemudian satu hari Kude kantoi kena tangkap basah dengan kekasih hatinya. Siapa yang jamin? Waktu tu arwah Abah dan Umi sedang melaksanakan ibadah haji.
Disebabkan tak nak risaukan arwah abah dan umi, Kak Ngah lah yang jamin bukan Kak Long. Tahu kenapa? Kak Long memang tak pernah mengaku si Kude ni adik dia. Sebab apa? Ha nanti aku cerita. Kak Ngah yang baik hati jamin Kude.
Nak dijadikan cerita keluarga kekasih hati si Kude ni minta Kude bertanggungjawab dan kahwin dengan anaknya. Perempuan tu aku panggil si Payung. Payung ni dari family yang bermasalah juga. sebab sekampung dengan suami Kak Long.
Jadinya masa nak kahwin, family Payung minta hantaran 10K. fuhhh zaman tu aku rasa 10K agak besar, yelah dalam tahun 2010 kan. Sedangkan Kak Long dengan Kak Ngah kahwin pun arwah abah tak letak nilai hantaran. Payung ni padahal tak kerja pun walaupun ada kelulusan.
Alasan minta 10K sebab ada kelulusan universiti. Macam biasa siapa akan keluarkan duit untuk Kude kahwin ni? Arwah Abah lah. Tak pe demi anak lelaki tercinta 10K kecil saja. Tu nilai hantaran ya, kos majlis kahwin pun abah kena tanggung untuk d-dua side. buat kenduri biasa tak pe lagi.
Ini fuhhh memang grand lah sebab buat dua-dua side di dewan. Tak pe arwah abah yang sponsor demi untuk satu-satunya anak lelaki tercinta. Aku pun tak pasti berapa total kos untuk majlis kahwin si Kude ni, yang pasti lebih dari 50K termasuk hantaran dan majlis untuk dua side.
Oh lepas kahwin Kude nak upgrade kereta, padahal arwah Abah dah belikan Kude kereta sebelum kahwin. Kereta H walau second hand arwah Abah belikan juga, deposit kereta confirmlah duit arwah Abah. Lepas kahwin Kude nak upgrade kereta tapi arwah Abah kata nanti dulu.
Aku rasa ini kali pertama arwah Abah suruh si Kude hold dulu sebab Kude dah ada kereta. Tapi last Kude ambil kereta baru Myvi untuk si Payung pula. Teka siapa keluarkan duit deposit? Arwah Abah? Tak, arwah Abah dah penat nak keluarkan duit untuk Kude.
Jeng jeng jeng kali ni arwah Abah minta dengan Kak Long untuk deposit dan guarantor kereta si Kude. Tapi Kak Long reject. Kak Long kata bukan untuk Hun atau Kak Lang. Maka, Kak Ngah yang lemau jadilah mangsa kali ini.
Lepas isu beli kereta, tak lama pula arwah Abah sakit. Di sini lah bermula belang si Kude tanggang moden. Arwah Abah start keluar masuk hospital, macam biasa Kude akan jadi hero untuk ke depan pada mulanya untuk membantu.
Tapi macam biasa bila bantu confirmlah nak bayaran. Setiap kali hantar arwah Abah, Kude akan minta duit minyak. Aku masa tu dah tahun akhir belajar. Semua akan tanya apa kerja Kude kan? Kude ni cuma ada SPM, kerja Kude cuma kilang tapi kerja dua tiga bulan berhenti, sebab apa?
Sebab selalu ponteng dan malas nak kerja. Kemudian masuk kerja apa ntah, tahan dalam 6 bulan lebih kemudian macam biasa alasan Kude, kerja penat selalu kena overtime, cuti cuma sehari. Oh aku rasa Kude nak kerja as CEO, tak nak jadi kuli.
Last sekali Kude buka kedai repair barangan eletrik tapi kejap buka kejap tutup. Ikut suka hati Kude. Last sekali kedai dia tutup sebab Kude menipu business partner dia yang merupakan sepupu kami. Nah Kude dia punya perangai semua orang yang kenal dah tahu dah.
Jadinya masa arwah Abah sakit, Kude lah kononnya nak jaga ayah. Tapi Kude ni cuma hantar sekejap lepas tu call aku untuk settled kan, alasan Kude ada kerja urgent. Kude dia punya part hantar arwah Abah saja ke hospital. Sampailah satu hari, arwah Abah nak keluarkan duit, jadinya arwah Abah bagi aku kad bank dan keluarkan amount sebanyak 10K, dan aku keluarkan, tapi malangnya simpanan arwah Abah cuma tinggal ratus sahaja.
Aku cuba tanya abah berapa nilai akhir simpanan arwah Abah dalam akaun. Arwah Abah kata ada dalam berbelas ribu lagi. Aku cuba dapatkan kepastian. Aku minta izin arwah Abah untuk buat online banking. Sebab aku akan cuba dapatkan statement bank abah secara full.
Finally, aku sangat terkejut saving arwah Abah rupanya banyak, lebih dari belas K, tapi hampir setiap hari akan ada pengeluaran sebanyak 1K dari akaun arwah Abah. Dekat sini lah aku dan Kak Long buat penyiasatan atas kehilangan duit akaun arwah Abah.
Aku masa tengok full statement aku menangis kenapalah Kude sanggup buat macam ni. Umi dah tak mampu nak masuk campur, sebab selama ini Umi dah banyak pendam perasaan dengan perangai Kude. Jadinya Kak Long mengambil peranan sebagai gangster dalam hal ini.
Maka, bermulalah perang saudara antara Kude dan Kak Long. Aku dan Kak Long cuba mengumpul segala bukti. Dah terbukti selama ni duit akaun arwah Abah dikeluarkan oleh si Kude dengan menggunakan kad bank arwah Abah.
Sebab dulu arwah Abah pernah minta tolong Kude keluarkan duit arwah Abah untuk beli barang dapur. Isu pasal duit pun sebenarnya jadi isu juga, selama ni si Kude tak pernah hulurkan duit dekat arwah Abah atau Umi. Aku pun tak tahu lah si Kude perabiskan duit enjoy ke mana.
Tapi setakat yang aku tengok Kude dengan kereta Hondanya yang sentiasa silih ganti sport rim, bini si Payung dah upgrade kereta Vios pula. Walhal si Payung jual barang online, kenapa si Kude selalu tak cukup duit minta arwah Abah Umi bila datang rumah.
Ok get back to the story pasal duit dalam akaun arwah Abah. Kak Long dah dapat bukti terus saja cari si Kude, datang ke rumah sewa Kude, dan macam biasa seperti Ah Long minta duitnya. Kak Long terus sembur si Kude. Oh ya Kak Long dah buat laporan polis terlebih dahulu.
Mulanya arwah Abah dan Umi tak bagi kak Long nak buat laporan polis, Tapi Kak Long gertak arwah Abah dan Umi kalau tak semua anak perempuan lepas ni tak akan balik dan arwah Abah sampai bebila akan tanggung hutang untuk si Kude.
Maka setelah kak Long psyco arwah Abah, arwah Abah buat juga laporan polis sebab dah ada bukti kukuh. Aku rasa macam panjang juga confessions aku. Jadinya aku akan sambung next confessions pasal tanggang versi moden. Stay tune aku akan sambung lagi apakah nasib keluarga kami selepas ini. – Hun anak Haji Han (Bukan nama sebenar)
Sambungan.. Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri buat semua warga netizen Malaysia yang follow pages ni. Ramai yang ternanti dengan sambungan cerita Kude Tanggang versi moden. Kalau siapa yang belum tahu cerita part 1 boleh lah baca dulu ya.
Terima kasih atas semua komen-komen murni serta komen yang marah dengan sikap si Kude. Itu baru beberapa cerita sahaja. Sebenarnya banyak lagi cerita si Kude termasuk Kude menerima musibah sebagai peringatan kepada diri dia dan keluarganya.
Sekarang aku sambung part pasal duit akaun arwah Abah dulu. Kak Long ni kan sejenis gangster dalam adik-beradik, maka Kak Long mainkan peranan seperti Ah Long kutip hutang. Bayangkan Kak Long muka nampak saja lembut tapi sekali dia buka mulut rasa sakitnya hati tak boleh nak buat bincang.
Jadinya bersama aku, Umi dan arwah Abah kami ke rumah sewa Kude. Waktu kami sampai Kude agak terkejut sebab mesti ada something wrong dengan kedatangan kami. Ya memang something wrong. Sebelum pergi ke rumah Kude, Kak Long dah riki dulu dengan jiran Kude.
Jiran Kude sebenarnya officemates Kak Long, jadinya officemates Kak Long adalah mata-mata untuk memerhatikan Kude. Bersama bukti bank statement dan laporan polis kami bawa untuk dipersembahkan kepada Kude. Maka bermula sesi perang saraf antara Kude dan Kak Long.
Masa kak Long sampai, Payung isteri Kude terus masuk ke dalam. Sebab si Payung takut sikit dengan kak Long. Punca kak Long pernah sound baik dekat Payung suatu ketika dahulu. Ini akan diceritakan kemudian kalau ada permintaan.
Bermulah lah sesi soal menyoal antara si Kude dan Kak Long. Dialog ini diringkaskan sebab aku tak berapa ingat susunan ayat Kak Long dengan si Kude.
Kak Long : Kude aku ada beberapa soalan yang aku nak kau terus terang depan Abah dan Umi. Kalau kau menipu aku tak teragak heret kau pergi balai.
Kude : Apa masalah? Ada salah apa aku buat dengan kau?
Kak Long : Bukan salah dengan aku tapi dengan Abah dan Umi! Kalau kau mengaku salah tu, aku boleh consider lagi. Tapi kalau kau tak mengaku aku memang buat tindakan ikut undang-undang.
Kude : Yelah salah aku apa? Datang tiba-tiba lepas tu kau nak marah aku. Abah, Kude buat salah apa dekat Abah Umi? pasal duit ke?
Abah diam membisu. sebab Abah dah kena brainwash dengan Kak Long sebelum tu. Kak Long warning Abah, kalau tak nak Kak Long merajuk macam dulu. Abah kena ikut apa rancangan Kak Long.
Abah : Kude, sampai masa Abah nak kau jujur saja dengan kami semua. Abah tak marah sebab kau dah besar, sepatutnya kau yang bantu Abah, bukan Abah yang bantu kau.
Hal ni Abah dah serah dekat Kak Long. Kak Long anak sulung, kak Long yang banyak bantu Abah. Jadinya, Abah yang minta kak Long selesaikan. Abah tak nak hidup Abah ditipu dengan lakonan kamu.
See waktu ni Abah pun dah give up sebenarnya dengan Kude. Kak Long terus c4mpak bank statement Abah dekat meja.
Kak Long : Kude kau tengok satu persatu bank statement ni dan kau kena jelaskan. Sebab segala laporan polis dan bank, Abah dah buat. Ini semua sebab kau dah dikira pecah amanah khianat orang tua.
Kude terus baca bank statement dan diam seketika. Pasti si Kude nak mencari seribu satu jawapan untuk melepaskan diri.
Kude : Kenapa dengan bank statement ni, apa kaitan aku dengan bank statement Abah?
Kak Long : Kau tanya apa kaitan bank statement ni dengan kau? Sekarang ni aku tanya kenapa setiap minggu mesti ada pengeluaran duit dari akaun Abah. Bukan sikit kau keluarkan tapi hampir ribu setiap minggu.
Apa masalah kau sebenarnya keluarkan duit akaun Abah? Kalau Abah tak suruh Hun keluarkan duit Abah mesti kau tengah gembira keluarkan duit Abah setiap minggu. Patut lah kau selalu balik ke rumah tidur dekat rumah.
Rupanya kau ambil kad bank Abah untuk kau guna. Kau ingat Abah cap duit semata untuk kau? Kau tak rasa berdosa ke bagi anak bini kau makan pakai duit Abah. Kau ingat Abah simpan duit untuk kau saja ke?
Sebenarnya panjang lagi serangan ayat kak Long dekat si Kude. Macam peluru berpandu. Sebab kak Long dah terlalu marah dengan sikap si Kude.
Kude : Aku keluarkan pun sebab beli barang dapur rumah Abah, tiap minggu aku belikan barang dapur dengan bayar bil-bil rumah Abah. Kau tahu ke semua tu?
Checkmate si Kude! Selama ini urusan bil TNB, air, Unifi diuruskan oleh aku, si anak bongsu Hun. Sebab dari awal aku tinggal dengan Abah dan Umi aku lah yang uruskan segala bil rumah.
Kak Long, Kak Ngah, Kak Lang bergilir-gilir belikan barang dapur untuk rumah. Dekat sini si Kude dah menipu semua. Masih deny kan pasal duit yang diambil secara sembunyi.
Kak Long : Kau bayar bil rumah? Segala bil rumah Hun yang uruskan. Barang keperluan rumah aku yang uruskan.
Sekarang ni apa kau nak jawab? Kau bagi bukti apa yang kau sebenarnya uruskan? Umi!, betul ke si Kude tiap minggu belikan barang dapur? Apa yang dia beli untuk keperluan rumah?
Umi : Ada lah sikit tapi bukan untuk Umi guna. Dia guna laki bini kalau balik rumah Umi. Macam barang basah. Itupun bukan banyak.
Umi terus berterus terang. Maka terkantoi busuklah si Kude dengan penipuannya.
Kak Long : Kau dengar tak apa Umi bagitahu? Sekarang aku nak kau mengaku dan kau bayar dulu half duit yang kau ambil atau aku buat laporan polis untuk heret kau ke mahkamah! Sebab kalau ikutkan hati aku, aku nak saja panggil polis terus. Tapi aku hormat Abah Umi ada sekali.
Kude : Ye aku salah, aku ambil sebab setiap bulan duit aku tak cukup. Aku nak pinjam dengan Abah aku segan. Aku nak pinjam dengan adik beradik aku malu. Ye aku yang ambil duit akaun Abah.
Bah, Kude minta maaf dekat Abah. Kude janji Kude nak berubah bah. Kude anak yang selalu buat abah susah. bla bla bla (banyak lah dialog kemaafan si Kude dekat Abah).
Kak Long : Aku tak kisah kau dah minta maaf dengan Abah. Tapi aku nak kau bayar half duit tu dulu. kalau tidak kau tahu nasib kau aku nak ajar kau ni nanti.
Abah : Apa yang tak cukup untuk kau Kude? Abah tiap minggu bagi kau duit. Apa yang tak cukup sebenarnya dekat kau Kude? Kau terlalu boros nak tunjuk mewah. Abah ni kira salah mendidik kau Kude!
Anak yang lain semua tak membebankan Abah. Abah rasa senang bila dengan yang lain. Tapi dengan kau Abah rasa sedih. Abah rasa selama ni Abah salah mendidik anak-anak Abah. Abah akui silap Abah dekat anak-anak Abah.
Masa tu banyak juga drama air mata antara abah, dan Kude. Kude insaf ke selepas ini? Nah ada yang akan terjadi. Sebenarnya ada beberapa kejadian yang Kude buat sampai kak Long dan Kak Lang merajuk dengan Abah.
Sampai dua kakak aku yang gangster dan maIang tu tak nak balik rumah disebabkan perangai Kude. Kak Ngah saja yang lembut tu pun selalu jadi mangsa Kude sebenarnya. Sebab Kude dah anggap kak Ngah mesin ATM bergerak dia untuk dia minta duit.
Nah selepas peristiwa itu tadi, kak Long ambil kunci kereta si Kude, bila Kude bayar RM 5K baru kak Long akan pulangkan kereta si Kude. Short story selepas kes tu dalam 5 bulan kemudian arwah Abah meninggal.
Ada cerita semasa arwah Abah meninggal, sebenarnya arwah Abah meninggal kami semua ada dekat rumah nak celebrate birthday anak Kak Long. Kebetulan hari Jumaat masa tu adalah public holiday. Jadinya, kami berkumpul ramai-ramai kecuali Kude.
Kude memang tak pernah dimasukkan dalam group WhatsApp family sekian lama. Sebab pernah si Payung screenshot perbualan kami sekeluarga dan diupdate dalam socmed dia dan ramai yang mencela kak Long aku.
Walhal peristiwa tu adalah berpunca dari si Payung. Sebab Payung dan Kude suka play like a victim. Kalau ikutkan mereka tu lah sebenarnya yang punya angkara. Cerita mengenai arwah Abah meninggal, pagi tu arwah Abah sempat main dengan cucu-cucu semua, sempat gelak ketawa dengan kami semua.
Dalam pukul 11, arwah Abah duduk di ruang tamu sementara tunggu nak ke masjid bersama menantu yang lain. Tiba-tiba masa kak Ngah kejut nak ajak makan tengahari arwah Abah dah tak sedarkan diri.
Panggil medical, rupanya arwah Abah dah kembali ke rahmatullah. Kak Ngah call Kude, panggilan tidak berjawab, call si Payung pun sama, banyak kali kami call sebenarnya. Tapi satu pun tiada respond, last sekali Kak Ngah cuma WhatsApp bagitahu yang arwah Abah dah tiada.
Kude rupanya ke Pulau Tioman bersama Payung dan anak-anak. Langsung tiada respond mungkin disebabkan di sana tiada coverage line. Maka, setelah dua hari arwah Abah dikebumi maka si Kude munculkan diri bersama Payung dan anak-anak.
Di sini pun sebenarnya si Kude tak lagi menunjukkan rasa bersalah. Alhamdulillah arwah Abah disempurnakan dengan baik oleh menantu-menantu arwah Abah. Dari mandikan sampai ke liang lahad, semua menantu Abah yang buat.
Anak lelaki arwah Abah? sibuk berhoray-horey dengan keluarganya. Masa si Kude sampai di rumah. Mulalah lakonan Kude, menangis sebab rasa berdosa dengan arwah Abah.
Siap janji nak jaga Umi lepas ni, siap kata akan jaga amanah arwah Abah. Kak Long sempat perli tanya apa AMANAH abah untuk kau?. Sebab segala AMANAH yang arwah Abah pesan sebenarnya ada pada kami.
BACA: Tak sangka! Rupanya Ahirine kekasih hati Zizan Razak, sekali Ahirine buka mulut
Arwah Abah dah wasiatkan segala harta peninggalan arwah Abah buat kami. Tidak mengikut faraidh pun. Waktu bicara kuasa tu lah nanti berlaku pertelingkahan antara Kude dan Umi. Jeng jeng jeng. Akan ku ceritakan.
Haaaa makin banyak part lah tanggang versi moden. Malam sebelum arw4h Abah meninggal, kami semua sempat bertahlil, arwah Abah sempat memohon maaf selama ini arwah Abah salah mendidik anak, arwah Abah menyesal sebab mengutamakan anak lelaki, siap abah menangis depan kak Lang.
Kak Lang dari kecil sampai dah besar selalu jadi mangsa arwah Abah walaupun tu bukan salah Kak Lang. Kami semua mohon maaf dekat Abah malam tu, Abah sebenarnya tak salah cuma mungkin Abah ingat dengan memanjakan anak lelaki akan menyenangkan Abah.
Malam tu sungguh syahdu buat kami semua, bila dah habis sesi solat jemaah, lama juga kami tidak makan bersama dalam talam. Ini semua sebenarnya idea kak Long. Kak Long nak jernihkan suasana adik- beradik. Kak Long ajak juga si Kude, tapi Kude kata minggu tu Kude ada kerja.
Nampak tak sebenarnya Kude masih lagi ego. Kude ziarah pusara arwah Abah dengan Umi dan Kak Ngah, di pusara Kude menangis sebab menyesal tak jadi anak yang baik, selalu menyusahkan abah dan macam-macamlah kesalahan dia dan Payung. Kak Ngah cuma jadi pemerhati saja.
Sebenarnya hal si Kude, Umi dah lama makan hati, tapi Umi simpan dan pendam sebab tak nak si Kude jadi anak derhaka. Umi ni sejenis tak akan doakan anak-anak yang tak baik. Umi lah yang selalu doakan anak-anak yang baik dan harap sangat selalu si Kude ni berubah.
Masa di pusara, Umi pesan dekat Kude, masa ni Kude dah kena jaga AMANAH arwah Abah. Arwah pesan supaya Kude jaga solat, jaga aurat isteri, anak-anak tu semua. Tunaikan perintah Allah. Banyak juga kata kak Ngah Umi tazkirahkan Kude masa di pusara.
Kude sebenarnya sejenis manusia yang lalai dengan dunia. Dulu masa kecik-kecik bila arw4h Abah ajak solat, Kude akan kata dia dah solat, walhal belum pun. Pernah dulu aku yang int4i, dia kata nak solat tapi baring di atas katil sambil menyebut Allahuakhbar secara kuat konon menandakan dia tengah solat.
Sampailah dah beranak pinak Kude cuma solat bila kami semua berjemaah, si Payung asal datang rumah arwah Abah period saja. Kalau tak berjemaah pun jarang nak tengok Kude solat. Pernah Kude tidur di rumah, dari Subuh sampai Isya’ tiada pun Kude solat.
Kadang-kadang Umi tegur tapi biasalah Kude dengan egonya bila Umi tegur. Kude dengan Umi memang suka meIawan sikit, tapi kalau dengan arwah Abah, Kude seperti anak yang soleh. Aku akan sambung apakah baIasan yang Kude terima seminggu selepas arwah Abah meninggal.
Kemudian konfIik antara Kak Long, Kak Lang yang merajuk dengan arwah Abah disebabkan fitnah si Kude dan akhir sekali waktu bicara kuasa untuk harta pusaka arwah Abah. Aku sengaja nak buat episod bersambung sambung agar warga netizen terus menunggu dan tertunggu cerita tanggang versi moden. Stay tune dan jangan lah jadi seperti Kude.
BACA: