Gadis cantik cari pemilik al-Quran selepas hampir 10 tahun

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Seorang gadis dari Pantai Timur mencari pemilik al-Quran tafsir yang ditemui ketika menuntut di sebuah sekolah menengah kira-kira sembilan tahun lalu.

Menerusi perkongsian di akaun TikTok, Fatin Iffah memberitahu, dia menjumpai senaskah al-Quran

sewaktu tamat sesi persekolahan dan mahu pulang ke rumah.

“Ketika itu hujan lebat dan umi (ibu) aku datang jemput. Dalam keadaan tergesa-gesa,

aku ternampak al-Quran atas kerusi batu. Al-Quran itu basah, jadi aku ambil dan bawa pulang,” katanya.

Gadis cantik cari pemilik al-Quran selepas hampir 10 tahun

Cerita Fatin, dia kemudian menggunakan al-Quran itu selama sembilan tahun dan telah beberapa kali khatam. Namun baru-baru ini, gadis tersebut tergerak hati untuk mencari pemilik asal kitab suci tersebut.

Menurut gadis itu, terdapat nama pemilik disertakan pada al-Quran tersebut iaitu Atiyyatul Husna.

@ftiniffahsero naling nk post vid ni

♬ original sound – Fah🌻

Fatin berkata, dia menggunakan saluran media sosial untuk mencari pemilik asal al-Quran itu dan memberi izin kepadanya untuk terus memiliki al-Quran itu kerana terlalu menyayanginya.

“Kalau dia tak izinkan, aku akan pulangkan semula. Tapi kalau tak dapat cari pemilik sebenarnya, aku akan wakafkan al-Quran ini kepada masjid berdekatan,” ujarnya.

Hantaran tersebut meraih perhatian pengguna media sosial dengan rata-rata mereka menyatakan rasa kagum dengan keikhlasan dan usaha Fatin dalam menjaga kalam Allah itu.

Ada yang turut mendoakan agar Fatin berjaya menemui pemilik asal atau diberikan kemudahan untuk mewakafkannya jika tiada jalan penyelesaian.

“Semoga tuan punya menghalalkan untuk adik Iffah. Biarkan jadi jariah dengan asbab adik ni membaca dan khatam berkali-kali. Semoga pahala juga untuk adik Husna tidak berkurangan dengan pahala bacaan adik Iffah,” ujar Rosly.

“Fatin seorang hamba Allah. Jujur luar biasa. Pahala milik Fatin. Aamin,” tulis Osman Jantan.

“Banyak pahala tu, kak. Jatuh ke tangan orang-orang yang tepat,” kata Fiz.

BACA: Fasih berbahasa melayu, lagak seolah-olah rakyat Malaysia yang sah, rupanya miliki MyKad palsu