Ini 3 elemen jadi fokus Jabatan Audit Negara buat penjawat awam terlibat rasuah tak senang duduk

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Sebanyak 1,856 entiti termasuk syarikat milik kerajaan perlu bersedia dengan semua dokumentasi untuk diaudit

oleh Jabatan Audit Negara (JAN) berdasarkan tiga elemen utama bermula tahun depan.

Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, berkata elemen utama yang akan diaudit

melibatkan penyata kewangan, objektif penubuhan syarikat, dan tatakelola.

“Jika sebelum ini mereka mungkin tidak begitu terganggu, kini semua syarikat kerajaan perlu bersiap sedia dengan dokumentasi dan data berkaitan untuk diserahkan kepada pihak audit.

Ini 3 elemen jadi fokus Jabatan Audit Negara buat penjawat awam terlibat rasuah tak senang duduk

“Inilah ekosistem baru yang akan diperkenalkan. Kami akan menilai penyata kewangan, tujuan penubuhan syarikat, dan tatakelola termasuk pemberian bonus serta pelantikan ahli Lembaga Pengarah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi Forum Integriti: Tatakelola dan Tadbir Urus Beretika dari Sudut Ketua Audit Negara yang berlangsung hari ini.

Wan Suraya turut memaklumkan bahawa pihaknya sedang merancang mekanisme pengauditan terbaik menjelang tahun hadapan.

“Fokus utama kami adalah memastikan semua 1,856 entiti ini bersedia sepenuhnya. Ada syarikat tujuan khas (SPV) dan pelbagai entiti lain yang perlu memastikan dokumentasi lengkap.

“Jika tiada isu, ia akan menjadi audit biasa sahaja,” jelasnya.

Beliau menegaskan bahawa JAN berusaha memastikan sebarang ketidakpatuhan atau ketidakteraturan dapat dielakkan. Jika wujud, ia akan ditangani dengan serius.

“Malaysia sangat komited terhadap amalan tadbir urus dan tatakelola yang baik. Ini mencerminkan nilai-nilai murni yang kita junjung sebagai sebuah negara.

“Oleh itu, sebarang isu ketidakteraturan akan diberi perhatian penuh,” tambahnya.

BACA: ‘Patutlah aku tengok perempuan tu bersungguh update media sosial, rupanya ada kaitan dengan suami aku’