Jual nasi lemak macam jual ais krim! Sambal dan ikan bilis harga lain

Oleh SURIANI HAMDAN

Nasi lemak biasanya dianggap lengkap jika disajikan bersama sambal, telur rebus, dan ikan bilis.

Namun, kebelakangan ini, muncul trend di mana nasi lemak “kosong” hanya mengandungi nasi putih tanpa sebarang sambal atau lauk pelengkap.

Seorang lelaki meluahkan rasa terkejut selepas membuka bungkusan nasi lemak yang dibelinya dan mendapati

Hanya ada nasi putih tanpa apa-apa tambahan. Dia terpaksa membeli sambal secara berasingan untuk menikmatinya.

Dalam video lain yang tular di TikTok, seorang pelanggan berkongsi harga setiap bahan tambahan seperti sambal, ikan bilis, dan telur yang dijual secara berasingan.

Jual nasi lemak macam jual ais krim! Sambal dan ikan bilis harga lain

Harga sambal ayam bermula dari RM2 hingga RM5, sambal udang pula lebih mahal. Sebiji telur rebus dicaj RM2 manakala ikan bilis berharga sekitar RM1.

Jika diambil kira kos bahan pelengkap, nasi lemak “kosong” dengan tambahan telur rebus, ikan bilis, dan sambal ayam boleh mencecah RM7. Ini jauh lebih mahal berbanding nasi lemak biasa yang biasanya dijual pada harga RM2 hingga RM3.

Perkongsian ini mendapat perhatian ramai di TikTok, dengan rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati. Mereka terkejut dengan konsep nasi lemak kosong yang mengenakan caj tinggi untuk bahan asas seperti sambal dan lauk.

Menurut pengguna, walaupun tiada salah mengenakan caj tambahan untuk lauk pilihan, bahan asas nasi lemak seperti sambal tidak wajar dijual secara berasingan.

Ada yang menyindir tindakan penjual yang dianggap cuba mengaut keuntungan mudah dengan menjual komponen nasi lemak secara berasingan.

Trend ini menimbulkan persoalan mengenai nilai dan harga sebenar hidangan tradisional seperti nasi lemak, di mana bahan asas seharusnya termasuk dalam pakej tanpa caj tambahan yang tidak munasabah.

BACA: Ejen takaful dedah maklumat sulit Fattah Amin tukar penama hibah, ini respon influencer takaful