Ingatkan diwarnakan, rupanya wujud pisang warna biru, rasanya macam vanilla!

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Pisang merupakan salah satu buah yang sangat sinonim dengan rakyat Malaysia dan Asia.

Selain mudah dimakan, ia juga boleh diolah dalam pelbagai hidangan. Rasanya yang lemak berkrim menjadikannya kegemaran ramai.

Baru-baru ini, muncul satu jenis pisang unik berwarna biru yang lebih menarik perhatian kerana rasanya dikatakan menyerupai ais krim vanila!

Pisang ini dikenali sebagai Blue Java Banana atau lebih popular disebut sebagai pisang ais krim.

Keunikan pisang ini terletak pada tekstur dan rasanya yang berkrim, menyerupai kastard vanila atau sajian pencuci mulut lembut.

Ingatkan diwarnakan, rupanya wujud pisang warna biru, rasanya macam vanilla!

Ketika belum matang, kulitnya berwarna biru kehijauan, tetapi akan berubah menjadi kuning pucat apabila masak sepenuhnya.

Pisang Blue Java ini boleh ditemui di kawasan seperti Hawaii, Asia Tenggara, dan sebahagian Amerika Tengah. Ia merupakan kacukan antara Musa acuminata dan Musa balbisiana (pisang raja), yang sememangnya biasa bagi rakyat Malaysia.

Menariknya, pisang ini tahan sejuk sehingga -7°C, menjadikannya mudah ditanam walaupun di kawasan dengan cuaca lebih sejuk, asalkan mendapat cahaya matahari yang mencukupi.

Disebabkan teksturnya yang berkrim dan rasa seperti kastard vanila, pisang ini sering dihidangkan bersama ais krim untuk menambah kenikmatan

. Ramai juga membandingkan rasanya dengan puding vanila atau ais krim vanila.

Di pelbagai lokasi, pisang Blue Java dikenali dengan nama berbeza. Di Hawaii, ia dipanggil Ice Cream Banana, sementara di Fiji dikenali sebagai pisang Hawaii, di Filipina sebagai Krie, dan di beberapa bahagian Amerika Tengah, ia disebut Cenizo.

BACA: Isteri mengaku lahirkan anak hasil dengan adik ipar, peguam kongsi kisah bahana ipar duai tinggal sebumbung