September lalu, pengasas gerakan ‘Old Money Malaysia’, Andika Putera, memuat naik sebuah video
Ada yang memaparkan dirinya mencuba pandu uji sebuah kereta klasik berjenama MG.
Video berdurasi hampir dua minit itu menunjukkan Andika mengunjungi sebuah kedai jualan kereta
Hanya untuk merasai pengalaman memandu kereta klasik tersebut.
Namun, selepas beberapa bulan berlalu, kereta klasik tersebut masih belum dibeli.
Sebaliknya, Andika dilihat semakin sibuk menghasilkan kandungan berkaitan ‘Old Money Malaysia’ sehingga menubuhkan sebuah kumpulan dengan yuran penyertaan seumur hidup lebih RM200.
Test Drive Sekadar Konten?
Seorang individu meluahkan rasa kurang senang, mendakwa pandu uji kereta itu hanyalah sebahagian daripada strategi untuk mencipta konten.
“Pada awalnya dia kata berminat nak beli kereta MGB. Dia bawa kereta untuk test drive dengan krew kamera, kemudian muat naik video di media sosial sehingga mendapat 1.2 juta tontonan.
“Konon nak jadi ‘Old Money’, tapi minta bayaran secara ansuran. Jutawan ‘Old Money’ beli terus bayar tunai. Rupa-rupanya test drive itu hanya untuk buat konten sahaja,”** katanya, menyuarakan rasa tertipu.
Reaksi Netizen
Dalam ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa skeptikal terhadap gerakan tersebut. Mereka menyifatkan sesetengah individu yang mendakwa diri mereka sebagai ‘Old Money’ hanya cuba menarik perhatian.
Netizen juga menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila berjumpa dengan individu yang bergaya seperti ‘Old Money jadian’ untuk mengelakkan diri daripada dijadikan bahan konten mereka.
Kontroversi ini membuka perbincangan mengenai keaslian gerakan ‘Old Money Malaysia’ dan sama ada ia benar-benar mencerminkan gaya hidup tradisional golongan bangsawan, atau sekadar strategi pemasaran semata-mata.
BACA: Rakyat Kelantan di sepanjang Sungai Golok berdepan denda RM10000 jika buat kesalahan ini