Seorang wanita dari Singapura telah dijatuhi hukuman penjara selama tiga minggu setelah mengaku bersalah kerana cuba merasuah seorang anggota polis.
Wang Xiping melakukan kesalahan itu pada 17 Julai apabila dia ditahan oleh seorang anggota polis bantuan
kerana memandu di lorong khas untuk bas dan lori selepas melalui imigresen Singapura di Tambak Johor.
Menurut laporan berita dari Singapura, Wang diberitahu bahawa dia tidak dibenarkan menggunakan lorong khas itu
Dan diarahkan untuk membuat pusingan U ke Kompleks Kastam Woodlands bagi masuk semula ke Malaysia.
Namun, Wang menawarkan RM50 kepada anggota polis bantuan tersebut untuk membenarkannya terus memandu.
Apabila anggota tersebut, yang memakai kamera badan, menolak tawaran itu dan meminta pasportnya, Wang cuba menawarkan S$50 pula.
Dia akhirnya ditangkap. Wang memberitahu mahkamah bahawa dia kurang fasih berbahasa Inggeris dan menyangka anggota polis bantuan itu bekerja untuk pihak berkuasa Malaysia.
Wang dipercayai berfikir anggota tersebut mahukan lebih banyak wang, sebab itu dia menawarkan rasuah sekali lagi.
Wang mengaku bersalah di mahkamah pada hari Jumaat dan dijatuhi hukuman pada hari yang sama.
Namun, pelaksanaan hukuman penjaranya ditangguhkan sehingga hari ini (18 Nov) bagi membolehkan dia menyelesaikan urusan penjagaan anak, memandangkan suaminya sedang berada di luar negara atas urusan kerja dan tidak dapat pulang ke Singapura dalam masa terdekat.
BACA: Rupanya sumbang mahram sah disisi undang-undang Malaysia tapi cuma untuk golongan ini