Netizen sangka kedai runcit ini di Felda, rupanya kedai runcit di Chicago, penuh dengan produk Malaysia

Oleh SURIANI HAMDAN

Apabila berada di luar negara, pasti timbul rasa rindu terhadap masakan dan barangan runcit dari Malaysia

Ada yang rasanya membangkitkan kenangan serta sesuai dengan selera rakyat Malaysia.

Seorang pengguna TikTok telah berkongsi realiti sebenar mengenai akses kepada barangan runcit Malaysia di negara Barat.

“Mari ikut saya membeli barangan runcit Malaysia di Chicago,” tulisnya dalam video tersebut.

“Pasar Makanan Asia Chin Land sebenarnya adalah sebuah kedai runcit Burma di Chicago, dan ia terletak berdekatan tempat kerja saya,

Netizen sangka kedai runcit ini di Felda, rupanya kedai runcit di Chicago, penuh dengan produk Malaysia

jadi saya singgah untuk membeli bawang merah kerana saya ingin membuat sambal sotong.

“Ramai yang berfikir saya sukar mendapatkan barangan runcit Malaysia dan hanya makan makanan Amerika. Namun, ibu saya seorang tukang masak yang hebat, seperti ramai rakyat Malaysia-Amerika lain di sini, jadi saya membesar dengan makanan Malaysia,” tambahnya.

Dia turut meluahkan rasa syukur kerana tinggal di sebuah bandar utama yang mempunyai komuniti Asia Tenggara yang besar, memudahkannya mendapatkan barangan runcit dari Malaysia dan negara-negara lain di rantau itu.

Antara barangan yang dapat dilihat dalam video termasuklah biskut Hup Seng, coklat Choki-Choki, bahulu madu, tin kari ayam Adabi, dan Milo.

Video tersebut mendapat perhatian di TikTok dan mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen tempatan.

“Kalau awak tak beritahu berada di Chicago, saya ingat video ini diambil di kedai runcit kawasan Felda.

“Sekarang ini makin banyak produk Malaysia di luar negara. 10 tahun lepas, ramai yang mengeluh susah nak cari. Untungnya mereka yang tinggal di zaman sekarang.

“Malah ada makanan beku dari kawan? Memang macam tinggal di syurga.

“Wow, saya terfikir berapa harga yang dicaj. Dengan mata wang awak, ia pasti jadi lebih murah,” komen beberapa netizen tempatan.

BACA: Individu dedah penerima bantuan hidup senang siap melancong, ‘Bila tak dapat, dia meroyan kat FB, semua salah kerajaan’