‘Aku tak akan puas hati selagi kau masih hidup’ Ayat ini jadi punca lelaki dipenjara 9 bulan

Oleh ABD RAZAK SALLEH

“Aku tak akan puas hati selagi kau masih hidup,”Akibat memukul dan mengugut untuk membunuh teman wanita

Demi mendapatkan wang, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Nor Syaliati Mohd. Sobri menjatuhkan hukuman tersebut selepas Sharezuan Zaini, 31, mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan yang dihadapinya.

Lelaki tersebut didakwa membuat ugutan jenayah dengan mengatakan,

“Aku tak akan puas hati selagi kau masih hidup,” terhadap mangsa yang berusia 40 tahun, dengan niat untuk menakutkan mangsa.

'Aku tak akan puas hati selagi kau masih hidup' Ayat ini jadi punca lelaki dipenjara 9 bulan

Perbuatan tersebut berlaku sekitar pukul 4 pagi di sebuah rumah di Jalan Melaka Raya 14, Melaka Tengah, pada 7 November lalu.

Tertuduh juga didapati memukul mangsa di beberapa bahagian badan, menyebabkan bengkak dan kecederaan.

Menurut fakta kes, mangsa memaklumkan bahawa dia sering dipukul oleh tertuduh, dan pada hari kejadian, lelaki tersebut mengugut untuk membunuhnya sebanyak enam kali serta memukulnya untuk mendapatkan wang.

Majistret Nor Syaliati menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan bagi pertuduhan pertama dan lapan bulan bagi pertuduhan kedua.

Mahkamah memerintahkan agar kedua-dua hukuman itu dijalankan serentak bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 8 November lalu.

BACA: Siti Khadijah masih ingat ketika skrip dicampak & kena sidai sepanjang hari