Pelajar IPT jual video lucah sendiri, bole jana pendapatan sampai RM3k sebulan

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesan kegiatan

seorang penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang menjual video lucah adegan sendiri di aplikasi X.

Memetik laporan Buletin TV3, pelajar lelaki terbabit memulakan kegiatan tersebut sejak 2021.

Ujar SKMM, suspek memperoleh RM3,000 sebulan dengan anggaran RM150 bagi setiap satu video.

Suspek memuat naik semula kandungan lucah sedia ada yang dikongsi pengguna lain di Aplikasi X.

Pelajar IPT jual video lucah sendiri, bole jana pendapatan sampai RM3k sebulan

Selepas itu suspek mula memuat naik dan menjual video lucah adegan sendiri bersama wanita dikenali. Terkini, suspek memperoleh lebih 100,000 pengikut.

Penjualan video lucah itu dijadikan sumber pendapatan dengan memperolehi RM3,000 sebulan.

Difahamkan, kegiatan ini terbongkar apabila pihak SKMM menerima aduan awam.

Dalam pada itu, pihak SKMM memaklumkan telefon bimbit serta kad sim milik suspek disita bagi membantu siasatan.

Menurut SKMM, menjual video lucah merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 233(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).

Jika pelajar tersebut disabitkan kesalahan, suspek bakal berdepan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga satu tahun atau kedua-duanya sekali.

BACA: Terjawab punca kenapa charger ketat, susah cabut dari plug