Sebuah restoran nasi kandar terkenal di sini mencetuskan kemarahan orang ramai selepas tular sebuah video
yang menunjukkan pekerjanya membasuh peralatan memasak di atas jalan berdekatan longkang di belakang restoran tersebut.
Video yang tular itu mendapat perhatian warganet yang bimbang mengenai tahap kebersihan makanan yang disediakan
Dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap restoran berkenaan.
A Sivanesan, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak,
berkata pihaknya akan menyiasat kesahihan video tersebut sebelum mengambil tindakan lanjut.
“Jawatan kuasa saya akan mengesahkan terlebih dahulu kebenaran video tular itu. Jika terbukti sah, pihak pengurusan restoran tersebut akan diberi amaran,” katanya ketika dihubungi.
Sebelum itu, seorang pengguna media sosial yang berkongsi video tersebut mendakwa restoran nasi kandar di Silibin ini gagal mematuhi garis panduan kebersihan kerana pekerjanya didapati membasuh peralatan memasak di atas jalan setiap malam.
Pengguna itu juga mempersoalkan kelulusan lesen perniagaan restoran tersebut oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), kerana restoran itu terletak berdekatan dengan kawasan perumahan.
Menurut pengguna tersebut, berdasarkan syarat lesen, restoran yang beroperasi di kawasan perumahan hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 12 tengah malam
, namun restoran itu masih mengeluarkan bunyi bising dan melakukan kerja-kerja mengemas sehingga jam 2 pagi.
BACA: ‘Dah sebulan aku kat kampung, walaupun dia buat salah tu kecil je tapi aku rasa aku layan dia kasar’
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio