Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Terima kasih admin sudi siarkan cerita aku.
Aku harap apa yang aku cerita ni boleh dijadikan pengajaran untuk semua.
Kalau korang baca tajuk mesti korang fikir mesti takde cite lain ni kalau bukan pasal ipar. Ye. Aku nak cita pasal tu.
Ni kisah abang M aku yang no 2. Abang M aku tu dah 8 tahun lebih berkahwin dan sekarang dah pegang title duda.
Abang M aku sekarang umur 33 tahun dan ada aku 31 tahun. Abang M aku tu dari sekolah lagi dah selalu memeningkan kepala mama abah aku dan termasuk kami adik beradik.
Dari sekolah lagi abang M aku banyak peminat. Tapi dia tak sungguh – sungguh pun. Aku la jadi posmen untuk hantar hadiah atau surat kat abang aku. Aku marah jugak. Sebab aku diajar jangan gedik – gedik dengan lelaki, jangan rapat dengan lelaki.
Kami adik beradik mama abah layan sama rata. Pendidikan diberi pun sama. Takde beza. Nak dijadikan cerita, sebabkan dah lali dengan surat – surat dan hadiah untuk abang M aku dari sekolah, aku buat biasa ja. Sampai la satu tahap, aku berada di tahun akhir universiti. Ada sorang perempuan ni mesej aku. Dia cakap dia kawan abang M aku.
Aku malas nak layan. Sebab selalu dapat mesej macam tu jugak sebelom ni. Bila perempuan – perempuan tu mesej tanya pasal abang M aku. Aku terus terang. Aku cakap abang M aku tak serius. Sila cari lelaki lain aku kata.
So, perempuan yang mesej aku tu cakap dia kawan abang M aku. Aku namakan perempuan tu kak A. Aku respon ohh je kat dia. Pastu aku bagi no abang M aku. Sebab aku malas nak layan. Mungkin sebab aku tak layan, perempuan tu asyik call – call. Sampaikan aku rimas.
Jadi aku mesej dia tanya nak apa sebenarnya. Pastu Kak A tu panjang type mesej. Lama aku tunggu. Dah tu, bila bunyi mesej masuk, mesej kak A tu. Bila aku baca mesej tu, autom4tik hp aku jatuh. Nasib baik tak pecah. Sebab aku terk3jut sangat baca mesej dia.
Pastu aku cuba bertenang, tarik nafas. Aku baca semula satu persatu mesej tu. Dalam mesej tu kak A tu cakap dia suka abang M aku. Dia cakap dia tak tahu abang M aku suka dia tak. Tapi abang M aku layan dia baik. Dan dia cita macam mana dia kenal abang M aku semua tu.
Akhir sekali mesej tu, dia cakap dia dah terlanjur dengan abang M aku. Yang tu menyebabkan hp aku jatuh saat aku baca. Aku tak sangka. Pastu aku tanya la dia. Macam mana boleh terlanjur. Dia cakap dia dan abang M aku check in hotel. Dua – dua suka sama suka.
Aku tanya balik, abang aku p4ksa dia ke? Dia cakap tak. Pastu aku tanya dia, dia mesej aku kenapa. Dia cakap dia nak kahwin dengan abang M aku. Aku baIas balik, kalau nak kahwin, tanya la dengan abang aku. Bagitahu aku kenapa.
Entah lah. Masa dia berani buat pengakuan camtu, aku rasa macam perempuan ni tak malu ke nak mengaku camtu. Harap korang paham la maksud aku. Pastu kak A cakap suruh aku pujuk abang aku kahwin dengan dia. Aku masa tu, nak tengok muka abang aku, aku taknak.
Mama abah bagi didikan agama secukupnya untuk kami adik beradik. Takde yang kurang pun. Perbuatan z1na yang Allah larang tu lah dia buat. Aku cita pasal kak A tu dengan along aku. Jadi along aku tanya dengan abang M.
Abang M tunduk je. Lepas tu kena penumb0k oleh along. Along ajak jumpa mama abah. Abah dan mama aku menangis. Mama aku pukuI abang M guna tangan dia. Abah aku senyap sambil menangis. Ni kali pertama aku tengok abah aku menangis.
Masa atok dan nenek aku meninggaI, abah aku tenang je. Takde keluar air mata. Tapi bila abang M aku buat masalah tu, abah aku auto menangis. Aku pun nangis jugak. Abg M mula – mula tak nak bertanggungjawab. Abah aku t4mpar abang M.
Ni lah first time aku tengok abah angkat tangan. Kalau masa sekolah dulu, paling – paling pun kena r0tan je. Pastu aku pun taktahu apa keputusan family aku. Aku nak tanya tak berani. Jadi aku balik universiti. Seminggu aku dah di uni, kak A mesej aku. Dia cakap dia nak report polis. Aku tanya kenapa.
Pastu dia cakap abang aku taknak bertanggungjawab. Pastu dia cakap abang aku r0gol dia. Masa ni aku pelik dah. Haritu aku tanya, dia cakap suka sama suka. Ni dia cakap lain pulak. Aku cakap kat dia, kalau kak rasa kak terani4ya, kak bagitahu mak ayah akak dan buat laporan polis kalau betol kak kena r0gol.
Kalau betol abang saya salah, saya tak kisah, kak lapor la. Semoga dengan cara tu abang bertaubat aku cakap. 2 bulan lebih berlalu, aku dah nak habis belajar. Mama aku call cakap habis exam nanti terus balik rumah. Bila aku di rumah, Mama aku cakap abang M aku nak bertunang dalam tempoh 5 bulan dan kahwin.
Aku tanya nak tunang dengan sapa. Mama cakap tunang dengan kak A. Mama abah nak abang M bertanggungjawab. Abang M terp4ksa akur. Kalau ikutkan mama abah aku nak kahwin je terus. Tak nak tunang – tunang ni. Tapi pihak perempuan taknak.
Dia nak tunang dulu pastu kahwin. Masa ni aku rasa menyampah je dengan pihak perempuan. Haritu beria nak kahwin. Ni nak tunang pulak. Dalam tempoh mereka bertunang, aku sangat – sangat menyampah dengan kak A.
G4duh sikit dengan abang aku, ngadu dengan aku. Pastu dia tag – tag abang M aku kat fb. Tak baIas mesej dia. Aku rasa ann0ying tau tak. Dah la dia dah friend dengan sepupu – sepupu aku di fb. G4duh sikit cakap nak putus tunang. Mama aku, aku geram je. Dia layan kak A tu elok – elok.
Masa abang M aku kahwin, hampir 80% abah dan along yang keluar kan duit. Pihak perempuan nak majlis besar. Sebab tu anak first mereka kahwin. Abang M aku masa tu tak dapat lagi keja tetap. Aku geram la. Diorang nak buat majlis besar, tapi nak keluarga aku keluarkan duit.
Jadi majlis kahwin abang aku buat kat pihak perempuan je. Takde buat kat pihak lelaki. Lepas je mereka sah jadi suami isteri, masa tu la aku rasa aku dah takde abang no 2. Abang M jarang balik rumah. Nak jenguk pun jarang.
Jenguk pun sekejap je. Kalau diorang datang rumah, tak sampai sejam, nak balik dah. Masa raya, tak pernah kami beraya bersama masa hari raya pertama dengan abang M dan kak A dari mula kahwin sampai tahun ni.
Diorang akan datang rumah macam tetamu. Makan minum sekejap pastu balik. Dan aku tak pernah tengok kak A peIok civm mama aku sepanjang dia kahwin dengan abang M. Tak macam kaklong (isteri along) selalu buat dengan mama.
PeIuk civm, mintak maaf. Bersalaman macam tu je. Hari raya takde pun cakap mintak maaf kalau ada salah silap. Dia salam macam tu je kat mama. Macam orang asing. Aku pernah tanya mama kenapa mama tak tegur kak A buat gitu.
Mama mesti mengelak. Mama kata dia baru masuk keluarga kita. Mesti dia kekok. Aku cakap kat mama. Kaklong yang baru masuk keluarga kita pun tak camtu, aku cakap. Mama diam je. Kitorang ajak untuk family day, bercuti, macam – macam alasan.
Cakap takde duit la, takde masa la. Mama cakap, dia tolong sponsor bilik untuk abang M dan kak A. Baru diorang ikut. Tapi diorang duduk dalam bilik. Tak nak join sekali. Dah tiba masa nak makan, baru keluar bilik. Dan aku rasa diorang sangat biadab. Macam orang asing je.
Sebab pihak kitorang cuba nak berbaik, nak jadi macam 1 keluarga. Ada sekali tu, kitorang bercuti. Ada ajak diorang, tapi kak A cakap takde duit. Aku pun w4rning kat mama. Jangan la sponsor diorang lagi. Pastu dia boleh up status cakap kitorang tak ajak. S4kit hati aku.
Aku pun sound la kak A. Takkan la setiap kali nak bercuti dengan family aku, kami yang kena keluarkan duit. Harga bilik hotel takdenya cecah sampai 300 – 400 semalam. Diorang bukannya ada anak lagi. Abang M keja, kak A keja. Takkan takde duit. Ajak semalam je. Bukan nya sampai 2 – 3 malam.
Aku pernah berg4duh jugak dengan kak A. Tapi last – last aku mengalah. Mama suruh aku mintak maaf. Mama cakap, kita minta maaf bukan sebab kita salah. Tapi taknak orang cakap belakang pasal keluarga kita. Sepupu – sepupu aku, makcik pakcik aku selalu tanya pasal abang M n kak A.
Sebab diorang ada friend dengan kak A. Kak A selalu post pasal suami tak bagi nafkah. Suami ni kena utamakan isteri. Sampai mama tanya dengan abang M ada bagi nafkah tak dengan kak A. Abang M cakap ada. Mama abah banyak bagi nasihat dengan abang M. Kadang – kadangmama abah jumpa abang M secara senyap di luar.
Tu pun sebab aku pernah baca mesej mama dengan abang M. Sebab penah jugak abang M datang rumah. Tapi tiba – tiba terus balik. Tak sempat nak makan minum. Dan sepanjang abang M kahwin, abang M jarang makan masakan mama.
Bila mama suruh makan, abang M cakap kenyang. Sedangkan dulu abang M la tersangat suka masakan mama. Pergi keja pun minta mama sediakan bekal. Bulan Jun lepas, kami sekeluarga terk3jut bila abang M datang rumah dengan bawa beg pakaian dia.
Rupa – rupanya dia dah bercerai dengan kak A. Mama ajak abang M masuk bilik dengan abah. Tanya sebab bercerai kot. Mama tahu aku selalu emosi kalau bab kak A. Tu mama taknak aku dengar. Sampai sekarang aku tak tahu apa punca abang M bercerai dengan kak A.
Aku pernah stalk tengok fb kak A. Banyak giIer dia post pasal rumahtangga, pasal suami tak bertanggungjawab, pasal nafkah, pasal tak guna setia dengan laki gitu (mungkin dia maksudkan abang aku). Kadang – kadang aku rasa kak A macam mer0yan bila tengok post dia kat fb. Kejap dia sedih, kejap dia happy.
Sebulan lebih dah abang M duduk kembali dengan kitorang. Aku rasa macam ada abang semula. Aku teringin nak tanya. Tapi aku tak berani. Mama pun siap w4rning dengan aku jangan tanya apa – apa. Dan jangan komen apa – apa kat status kak A.
Mama cakap abang M dan kak A pisah cara baik. Kalau pisah cara baik, kenapa kak A masih buruk – burukkan abang M di fb. Aku tunggu abang M sendiri cerita. Tu pun kalau abang M nak cerita. Aku memang rasa tak puas hati dengan kak A.
Sebab sepanjang tempoh dia jadi isteri abang M dia tak pernah nak dekat dengan family aku atau nak anggap kami ni macam family dia. Dia kahwin dengan abang M je, tapi tak kahwin dengan keluarga abang M sekali. Aku nak marah lebih – lebih pun, dia dah cerai dengan abang M.
Cuma aku appreciate dia pernah jadi sebahagian dari keluarga kami. Aku harap dia dapat jumpa lelaki yang baik. Mungkin abang aku ada silapnya jugak. Sebab tu aku harap kak A dapat jumpa lelaki yang baik, yang boleh sayangkan dia sepenuhnya tanpa perlu bahagi kasih sayang dengan isteri dan keluarga kandung.
Buruk baik abang aku, dia tetap abang aku. D4rah daging aku. Air dicinc4ng takkan putus. Aku marah jugak dengan abang M sebab tak tegas, ikut je kata bini, diamkan diri jadi patung. Tu bahagian dari ujian rumahtangga mereka.
Aku pun belum berkahwin. Aku pun tak tahu apa ujian aku di masa akan datang. Cuma aku nak cakap, ipar yang baik itu wujud, dan ipar yang jahat pun wujud. Mertua yang baik itu wujud, dan mertua yang jahat itupun wujud.
Kalau kita nak kahwin dengan seseorang, kita bukan kahwin dengan dia je. Tapi kita kahwin sekali dengan keluarga dia. Kalau kita boleh terima si dia, kenapa kita tak boleh nak terima keluarga si dia. Perlu ada tolak ansur, perlu ada komunikasi di antara pasangan kita.
Dan satu lagi, kita sebagai wanita, pert4hankan la maru4h kita sebagai wanita. Jangan disebabkan cinta, kita gadaikan maruah kita untuk yang belum halal. Aku pernah dengar ustazah cakap. Sebelom kahwin lagi kita dah pegang – pegang tangan, buat maksi4t, lepas kahwin, kita akan susah nak dapat nikmat hubungan sebagai seorang suami isteri. Mesti ada je benda yang tak kena. Aku harap cita aku ni jadi iktibar untuk semua orang. – Anna Althafunnisa (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Nurul Mohd : Sebab tu sewaktu bergelar isteri dahulu, saya cukup jaga title isteri itu. Takde nak komen bukan – bukan. Takde nak post bukan – bukan. Buka Fb ini hanya untuk baca berita dan artikel – artikel. Risau jatuh fitnah pada suami. Walaupun masa tu arw4h suami bukan lah kawan fb saya.
Tatiana Mohd Ali : Aku bukan romantik orangnya. Aku tak suka dipeIuk, aku tak suka peIuk orang. Sebab aku membesar dalam keluarga yang tak dizahirkn kasih sayang sebegitu rupa. Tapi aku selesa peIuk anak – anak aku, dan aku nak anak – anak aku membesar dalam keluarga yang menzahirkan kasih sayang tu.