Baru-baru ini, KPDN berjaya menumpaskan sindiket yang terlibat dalam perdagangan haram
minyak masak bersubsidi, dengan rampasan bernilai hampir setengah juta ringgit.
Kumpulan ini menggunakan taktik yang mudah tetapi sangat menguntungkan.
Mereka membeli minyak masak bersubsidi dalam paket sekilogram pada harga RM2.50, memindahkannya ke dalam tangki,
Dan menjualnya semula sebagai minyak masak terpakai kepada pelbagai industri pada harga RM3.80 sekilogram. Ini memberi mereka keuntungan yang besar.
Dalam operasi serbuan di Kajang, pihak berkuasa merampas lebih daripada 14,000 kilogram minyak dan menahan 15 individu yang terlibat, termasuk warga tempatan dan asing.
Mereka menggunakan sebuah rumah sebagai tempat penyimpanan haram dan menjalankan perniagaan yang menyamar sebagai pembeli minyak terpakai.
Serbuan tersebut juga menemukan peralatan seperti pam dan tangki yang digunakan untuk operasi tersebut.
Selain minyak, pihak berkuasa turut merampas kenderaan mewah serta dokumen perniagaan yang berkaitan dengan aktiviti haram itu.
Sindiket ini dilaporkan aktif selama enam bulan dan dianggarkan memperoleh keuntungan kira-kira RM20,000 setiap hari.
Pihak berkuasa kini sedang menyiasat individu lain yang mungkin terlibat, termasuk syarikat pembungkusan yang disyaki membekalkan minyak kepada sindiket berkenaan.
BACA: Terjawab punca kenapa charger ketat, susah cabut dari plug