Walaupun bersama mahram, umat Islam seharusnya lebih peka dan mengambil berat
Tentang batasan pergaulan serta aurat antara sesama sendiri.
Begitulah kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita yang difahamkan tinggal bersama suami dan ibunya di bawah satu bumbung.
Menerusi perkongsian di aplikasi X, wanita tersebut meluahkan rasa kecewa dengan sikap ibunya yang berpakaian kurang sopan di hadapan suaminya.
Menurut wanita itu, dia dan suami sedang menumpang di rumah ibunya sementara menunggu rumah baru mereka siap untuk didiami.
“Ibu saya jenis yang suka pakai singlet, berkemban, dan seumpamanya. Kami sekeluarga tidak ada masalah dengan itu. Cuma,
saya baru berkahwin dan kami memilih untuk tinggal bersama ibu sementara rumah kami siap. Namun, ibu saya masih berpakaian seperti itu di depan menantu, pakai singlet tanpa pakaian dalam,” katanya.
Wanita itu mengakui dia keliru dan buntu untuk menegur ibunya agar berpakaian lebih sopan di hadapan menantu
Oleh kerana itu, dia hanya berharap rumah baru mereka cepat siap supaya dapat berpindah dan mengelakkan situasi yang membingungkan itu.
BACA: ‘Berdebar juga..’ Aina Abdul dedah ibunya yang suruh melamar Fattah Amin