Penyanyi Aina Abdul mendedahkan bahawa ibunya, Zaini Abdullah untuk ‘melamar’ pelakon Fattah Amin.
Menurut Aina, atau nama penuhnya Nurul Aina Abdul Ghani, sebaik sahaja ibunya mendengar keseluruhan lagu tersebut,
Zaini mencadangkan agar Fattah dipilih sebagai model utama dalam video muzik itu.
“Mak Aina adalah orang pertama yang mendengar lagu ini, dan dia berkata, video muzik ini perlukan seorang hero.
Kemudian, mak cadangkan supaya panggil Fattah sebagai hero,” kongsi Aina di Instagram.
Aina mengakui dia berasa sedikit berdebar ketika mengusulkan hasrat untuk memilih Fattah sebagai model video muziknya kepada pengurus selebriti tersebut.
Ini merupakan kali pertama Aina dan Fattah bekerjasama dalam sebuah video muzik, untuk lagu Jadi Ajar Aku.
“Berdebar juga masa pertama kali nak cadangkan perkara ini kepada pengurus Fattah. Alhamdulillah, dia setuju,” tambah Aina.
Mengenai lagu tersebut, Aina berkata Jadi Ajar Aku dihasilkan selepas dia selesai menunaikan umrah pada April lalu.
“Lagu ini tidak menggunakan piano, namun melodi dan liriknya mengalir dengan sangat lancar,” jelasnya
BACA: Ahli perniagaan utus surat terbuka pada Agong, mengaku beri rasuah, rayu dapatkan perlindungan
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio