Pelakon Ruhainies dalam misi selawat 1,000 kali dalam sehari dan aktres itum mengajak orang ramai untuk menyertainya dalam cabaran tersebut.
Menerusi satu perkongsian di InstaStory, Ruhainies atau nama penuhnya
Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas telah melakukan soal jawab bersama pengikutnya.
Pengguna Instagram tersebut meminta Ruhainies untuk berkongsi mengenai
rutin zikir yang aktres itu selalu amalkan setiap hari disamping sempat berterima kasih.
“Kalau awak tak kisah, boleh tak kongsi zikir amalan yang awak selalu amalkan? Terima kasih,” kata pengikut tersebut.
Susulan itu, pelakon drama Terjerat itu menjawab dia sedang melakukan cabaran untuk berselawat sebanyak 1,000 kali dalam sehari selama 40 hari.
Katanya lagi, dia mengajak orang ramai untuk bersama-sama melakukan selawat tersebut termasuk wanita yang sedang ‘cuti’ atau datang bulan.
“Saya dalam misi selawat 1,000 kali sehari selama 40 hari. Hari ini baru hari ke 18. Jom buat sama-sama? Kita perempuan kalau ‘cuti’ pun boleh selawat,” ujarnya.
Dalam pada itu, menerusi hantaran sama Ruhainies turut berkongsi sebuah tasbih digital yang telah direka khas disamping turut meluahkan dia sangat menyukai tasbih tersebut.
“Saya sangat obses dengan tasbih digital yang direka khas ini. Cantik kan?” luahnya.
Sekadar info, Ruhainies pernah terpalit dengan kontroversi selepas aktres itu ditangkap khalwat bersama aktor Alif Aziz di sebuah kondominium mewah di ibu kota.
BACA: Lelaki usia 53 tahun tergamak 3 tahun simpan mayat ibu sendiri dalam peti ais