Assalamualaikum WBT. Kebelakangan ni aku banyak luangkan masa dengan membaca confession di sini.
Pelbagai luahan, kisah dan pengalaman yang boleh aku jadikan iktibar dan muhasabah diri.
Kelmarin aku baru keluar wad dan diberi cuti jadi inilah masa untuk aku bersantai di rumah.
Tadi, sebaik saja kisah pelakon wanita yang baru bercerai melintas di wall FB, terus aku bersemangat nak berkongsi kisah. Aku tak kata kisah kami sama, ye. Kot ada pula yang marah.
Aku NARYA, seorang ibu tunggal. Mempunyai dua orang puteri remaja.
Perkahwinan aku bermasalah kerana bekas suami seorang yang cerewet tak bertempat, nars1stik, baran dan malas kerja. Maklumlah, anak emak. Oh ya, dia juga seorang cemburu buta.
Bagi aku yang terbiasa berdikari sejak kecil, bab malas kerja ni bukan isu ringan ye. Tapi JAY (bekas suami) anggap itu hal remeh. Kenapa macam tu? Kami sekeluarga tinggal bersama ibu bapanya di sebuah Felda (di pantai timur).
Ibunya dominan dan menjadi ketua keluarga (bapa takut bini). Makan minum dan r0kok untuk anak lelaki kesayangannya disediakan. Apa dia minta dari ibunya, WAJIB dapat. JAY memang kesayangan ibunya – ALOYAH (dah tentu bukan nama sebenar).
JAY anak pertama daripada 3 beradik. Jarak umurnya dengan adik nombor dua, jauh beza. Mungkin itu yang buat dia dilebihkan, ditimang intan payung lambung tinggi – tinggi oleh si ibu. Kemuncak krisis rumahtangga kami waktu puteri bongsu aku berusia empat tahun.
Masa ni kami dah keluar dari rumah ibu bapanya dan menyewa di tempat lain. Berkali – kali aku bertahan dan bagi peluang. Dilayan macam h4mba, dim4ki hamun. Ini tak termasuk campur tangan ALOYAH dan suaminya lagi.
Sampai satu masa, aku rasa sangat letih. Aku buat keputusan untuk berhenti bertahan. Cukuplah. [Panjang kalau nak cerita pasal per4ngai JAY. Tengoklah kot aku rajin, aku sambung bahagian dua. Kalau rajin, lah. Hihiii]
Dengan nekad, aku bagitahu dia aku nak undur diri dari perkahwinan ni. Si JAY menangis meraung sambil peIuk aku. Dia minta maaf dengan janji nak berubah, sanggup ikut aku pindah jauh, akan dengar cakap aku dan tak kisah jika tak balik jumpa ibu bapanya. Asalkan kami tak berpisah.
Puteri – puteri aku menangis kesedihan di dalam bilik mereka. Aku turut menangis kerana terkilan. Saat hati dah tawar baru dia nak sedar. Sedangkan selama aku bertahan tu, dia tak hargai. Maaf, JAY. Dah terlambat. Aku kesian tapi dah takde ruang dalam hati aku untuk kau lagi.
Dalam proses perceraian tu pun macam – macam hal berlaku. Takpe lah, yang penting kes selesai. Alhamdulillah. Masa sebutan kes kami, JAY ada bawa seorang wanita bersama. Sedangkan sebelum tu dia bagi amaran pada aku agar datang sendiri, tak boleh datang dengan sesiapa apatah lagi lelaki lain sebab akan menjatuhkan air muka dia. Begitulah kata – katanya. (Eh, dia datang bawa makwe, boleh pula.)
Walaupun begitu dia ada berjanji akan bagi nafkah anak sebanyak RM200 tiap bulan. Katanya lagi jika ada lebih, dia bagi lebih. Alhamdulillah. Itu je aku mampu jawab. Tak lama selepas bercerai JAY bernikah dengan makwenya, si YUYUN.
Nafkah yang dijanjikan dengan mulut manisnya hanya nampak bayang – bayang. Tahun pertama bercerai, jumlah keseluruhan dia bagi cuma RM200. Untuk setahun ye, bukan sebulan. Tahun kedua, RM50. Selepas tu tak pernah bagi. D
ia kata kalau bagi lebih, aku yang makan duit tu. (Kelakar, kan). Waktu ni aku dah bekerja di KL manakala puteri – puteri aku di bawah jagaan ibu aku di negeri lain. Aku akan berulang alik dari KL ke kampung setiap dua minggu kerana rindukan mereka.
Tahun pertama perceraian, cuma dua kali JAY ambil ERIN (puteri bongsu), bawa balik rumah ibu bapanya. Puteri sulung aku (YAYA) tak mahu ikut bapanya. Dia tr4uma. Walaupun YUYUN tak ngam dan memusuhi aku tapi ERIN dilayan dengan baik.
Ada sekali waktu ERIN bersama mereka, aku hubungi JAY hanya untuk bercakap dengan ERIN. Kerana dah dua minggu tak jumpa (cuti sekolah). Rupa – rupanya YUYUN sengaja buat loud speaker. Sepanjang beberapa minit aku berbual dengan ERIN, aku mendengar ejekan dan h1naan YUYUN. Perkataan ‘JANDA’ disebut berulang kali.
Dia juga ejek aku tak malu sebab hubungi suaminya walhal aku nak cakap dengan ERIN. Aku terp4ksa tamatkan perbualan sebab ERIN tak selesa dan banyak diam daripada berbual dengan aku. Tahun ketiga perceraian kami, JAY ada hubungi aku. Meluahkan masalah rumahtangganya.
Juga hubungan baru dengan wanita lain. Aku hanya mampu nasihatkan agar dia perbaiki hubungannya dengan YUYUN lagipun mereka baru saja menimang cahayamata. Sebelum ramadhan, JAY hubungi aku lagi. Dia maklumkan akan bercerai dengan YUYUN. (Waktu ni YUYUN dah balik kampung).
Dia juga perkenalkan makwenya – SINA (janda tanpa anak). Aku ada berbual sebentar dengan wanita itu. Walaubagaimana pun aku tetap tegur JAY agar berbaik kembali dengan YUYUN demi anak mereka. Aku simpati kerana si anak masih kecil, perlu kasih sayang daripada ibu bapa.
Aidilfitri tahun sama, JAY datang ke rumah ibu bapa aku untuk ambil ERIN. Kedatangannya kali ini bersama SINA. Aku tanya SINA – “Yakin ke nak serius dengan JAY? Kau kan tahu JAY ada isteri?”. SINA jawab dia terima walau siapa pun JAY. Malahan anak – anak JAY akan dianggap dan dilayan seperti anak sendiri.
Mendengar kata – kata SINA, aku diam. Ye, itu urusan mereka. Apa yang penting hubungan puteri – puteri aku dengan bapa mereka akan lebih baik. Sebulan selepas aidilfitri aku hubungi JAY untuk ingatkan dia mengenai nafkah puteri – puteri kami. Dia terus naik angin.
Dia kata aku menyusahkan dia. Dia suruh aku kahwin supaya suami baru aku akan tanggung kami semua. Aku jawab – sekiranya aku kahwin dengan jutawan sekalipun, wajib bagi dia sebagai bapa untuk tanggung anak. Aku tegaskan, hukum bab nafkah ni bukan manusia yang tetapkan.
Ini hukvm Allah jadi dia bising – bising tu nak pertikai hukvm tuhan ke camne? Ada juga beberapa hal yang sempat aku bebelkan sebab geram sangat. Dia jawab selamba je – “Takpelah. Daripada aku kena bagi nafkah, masuk ner4ka pun masuk ner4ka lah”.
Aku tergamam, hanya beristighfar dalam hati. Susah cakap dengan orang jahiI dan degil ni. (Selepas kami bercerai, JAY bekerja sebagai pemandu lori dengan gaji yang lebih dari cukup untuk tanggung anak – anak). Berbulan – bemudian, JAY hilang dari radar.
Ada satu bulan tu ERIN demam. Dah beberapa hari demamnya masih tak kebah. Bapa aku bising suruh hubungi JAY sebab dia tau ERIN demam rindu. Aku serba salah. Tapi aku dail juga nombor telefon JAY. Nombor telefon tiada dalam perkhidmatan.
Aku cuba hubungi SINA. Kali ketiga baru dia jawab, itu pun acuh tak acuh dan kasar. Baru nak bagitahu fasal ERIN, dia putuskan talian. Aku macam – ‘Apehal kau ni’. Lumrah manusia (sesetengah). Belum dapat, kemain lagi ayat kau, SINA. Sudah dapat, terus kau tunjuk taring.
Selepas dua tahun, entah apa mimpi, JAY hubungi aku di bulan Ramadhan. Dia ni langsung tak rasa bersalah abaikan anak. Selamba cerita yang dia ada kenal seseorang. Mungkin nak pergi ke arah yang serius. Dia turut luahkan yang aku berbeza dengan YUYUN dan SINA. Mereka cemburu buta. Terutama SINA, tiapkali meng4muk sampai baling barang.
[Rasain lho] Aku jawab – “Itu pilihan kau. Tapi isteri mana tak cemburu kalau suami layan wanita lain”.
Aku minta dia ubah sikap. Berhenti jadi buaya d4rat. Dia kata makwe barunya sanggup terima dia walaupun tahu dia suami orang. Mulalah dia perasan dia hensem dan jadi rebutan. Aku pun apa lagi, terus hentam – ‘Selagi tak duduk serumah, tidur sekatil, memang nampak indah. Dah jadi laki bini baru tau langit tu tinggi rendah. Kalau budak tu tahu camni per4ngai kau, dia pun taknak!’
Dah kena bebel dengan aku, masih ada hati ajak aku balik dengan dia. Aku cakap aku taknak. Dia tak boleh terima. Dia kata dia boleh mewahkan aku. Cakap nak apa je, dia bagi. Poodah! Nafkah anak pun berkira. Sembang boleh lah.
Aku cakap camni kat dia – “Taknak lah aku balik dengan kau. Baik aku cari boyfriend baru. Kau boleh kahwin cerai, takkan aku tak boleh ada boyfriend.” Dia cuma ketawa. Begitulah kisah aku yang berputar – putar di antara JAY dan pasangannya. Mereka ni selfish dan plastik. Sembang melangit, habuk pun tarak.
2 tahun kemudian, sekali lagi aku hubungi JAY, nak minta duit nafkah. Puteri – puteri aku masih bersekolah. Si SINA yang jawab panggiIan aku. Dia tetap emosional seolah – olah aku ni kemaruk nak sondol laki dia. Masa dia kawan dengan JAY, dia lupa ke dia dan JAY asyik bersondol – sondolan gitchuuu.
Ee ah Ee ah..
Ee ah Ee ah..
SINA suruh aku cermin diri sebab aku hodoh. Walhal (mata kat atas). Hmmm. Malas nak riak. Kuikuikuii. Pernah kenalan aku nampak JAY dan SINA. Dia kata kenapa JAY boleh suka kat SINA. Bagi aku, JAY dah suka, nak kata apa.
Bak kata JAY masa dia syok dengan si YUYUN dulu – “Rupa tak penting, yang penting hati”. Aku sebenarnya takde masalah untuk berhubung terus dengan SINA berkaitan urusan puteri – puteri aku. Jadi tak perlu aku hadap per4ngai mengada – ngada JAY.
Cuma SINA masih prasangka dengan aku hanya kerana aku solo single mingle. Biasa lah, ada orang tu takut bayang – bayang sendiri. Puteri aku si ERIN m4kin berjauh hati dengan bapanya. Pernah dia tanya aku, boleh ke dia tukar supaya berbintikan ABDULLAH. Hmm. Kesian dia.
Masa aku tuntut duit untuk perbelanjaan sekolah puteri – puteri aku, kami berg4duh besar. SINA sengaja hantar sms ke nombor telefon ibu aku dengan ayat m4ki hamun. Ibu aku terk3jut sampai menggigil badan selepas baca teks tersebut.
Dia tak suka dan tak izin aku berg4duh sebab hal macam ni. Dalam masa sama si ALOYAH ambil kesempatan. Entah apa dia sampaikan pada SINA hingga SINA sekali lagi teks pada ibu aku dengan kata – kata m4kian yang melampau. Hilang sabar aku waktu tu.
Tengah – tengah malam aku hubungi si nenek sih1r ALOYAH, aku menjerit macam orang histeria melepaskan apa yang aku pendam selama ni. Terdiam orang tua tu. Selepas tu aku tak kuasa nak tegur kebebaIan JAY berkaitan nafkah.
Dah ingatkan di dunia, kau buat degil. Tunggu hari pembaIasan. Aku tak pernah hubungi JAY kecuali urusan puteri – puteri aku. Itupun dua tahun sekali. Jangan risau, aku dah lama move on. Risau JAY je yang masih berharap.
Oh ye, ikut pandangan mata kasarnya, mereka dah diam. Tapi diam – diam buat kerja. Secara halus. Aku baru dua tahun ni pulih dari s4ntau. Azab yakmat. Hidup antara m4ti. Antara realiti dan fantasi. Terawang – awang.
Mungkin ada yang kata aku berkasar dengan mereka. Selayaknya mereka dikasari. Siapa yang ani4ya siapa. Aku cuma minta hak puteri – puteri aku. Itu je. Hak anak, cucu sengaja tak bagi. Si ibu yang berjuaang menafkahi anak – anak ni pula diganggu. Buat masa ni aku belum maafkan mereka.
Aku dan YUYUN pula sudah berbaik 7 – 8 tahun lepas. YUYUN mengaku khilafnya dan aku dengan senang hati memaafkannya. Dia kata waktu tu dia tak kenal dengan sebenar siapa JAY dan family. Selepas dibuang seperti sampah baru dia sedar. YUYUN kini bahagia dengan keluarga baru.
Tahun lepas JAY dan SINA ada datang ke rumah ibu bapa aku. (Aku dan puteri – puteri aku tinggal di negeri sama cuma berlainan daerah). JAY kata rindu sangat nak jumpa YAYA dan ERIN. SINA pula mengaku dia yang pujuk JAY untuk datang.
Perkahwinan mereka selama 8 tahun tak dikurniakan anak. Mereka mengaku nak berbaik dengan aku. Kononnya masing – masing dah tua, tak nak hidup bermusvh. Siap minta alamat rumah aku. Mujur ibu aku tak layan. Hebat drama mereka.
Beberapa hari selepas dimaklumkan ibu, aku terus hubungi mereka. Tak jawab. Aku hantar mesej whatsapp, tak berbaIas. Aku maklumkan, aku okey je berbaik asalkan mereka tak berdrama dan hip0krit. Sampai ke sudah tak baIas. Aku faham.
Datang rumah ibu bapa aku tengah – tengah malam, bagi alasan nak berbaik. Itu bukan datang kosong. Itu datang buat tambah ‘barang’. Terima kasih JAY, SINA. Aku percaya dengan izin Allah aku tetap akan bangkit walau beribu kali aku jatuh.
Untuk JAY, bukan aku nak putuskan hubungan kau dengan puteri – puteri aku. Tapi kau dah bertahun tak cari dan jumpa anak. Mereka membesar dengan matang. ERIN yang pernah jadi kesayangan kau satu masa dulu kian cantik.
Aku risau kecantikannya dicemburui SINA. Terlebih risau kalau kau bernafsu dengan anak sendiri. Maaf, bukan aku nak buruk sangka, tapi dengan sikap kau yang perasan muda, sibuk mengejar cinta wanita dan takde tanggungjawab, semua ni tak must4hil, kan.
Inilah sedikit dari pengalaman, perjalanan hidup aku. Terima kasih yang sudi baca. Alhamdulillah sekarang aku, YAYA dan ERIN baik – baik aje. Panjang umur aku, tahun depan tahun ke 14 aku sebagai ibu tunggal. Takde apa dah yang nak aku cari kat dunia ni kecuali selesaikan amanah yang berbaki dan beramal sebagai bekalan di sana. – NARYA (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Sarah Shaimaa : To Narya, awak seorang yang sangat baik hati, sabar dan penuh empathy. Semoga berbahagia bersama anak – anak dan dimurahkan rezeki.. Tapi memang Jay sungguh text book narc.
Jiah Kuroneko : Seronok aih baca cite akak ni. Rasain lho. Puas hati part nenek sih1r tu. Semoga TT dipermudahkan urusan, diberi kesihatan dan kesembuhan, dikurniakan kecekalan dan ketabahan.
BACA: Dikaitkan dengan dakwaan minta Adun Sabah minta rasuah, ini respon KM Sabah